Advertisement

Hari Ini & Ceritanya

August 27th, 2014 by chika

Akhirnya! Telah hampir 12 jam saya menyimpan hasrat untuk menulis blog. Iaitu sejak jam 10 pagi tadi. Tapi takdir menentukan segalanya. Telah hampir jam 10 malam begini baru berpeluang. Itupon setelah kanak-kanak tidur semuanya dan tinggal saya dalam kegelapan hanya berlampukan telefon bimbit (yang tidak dibimbit) 12 jam telah diisi dengan pelbagai kewajipan. Saya harap anda faham betapa berjayanya saya apabila berjaya menyiapkan satu entry setiap bulan. Apa? Sebulan sekali? Dasar!

Tak tak. Saya telah menanam sepokok azam yang rendang di dalam hati. Pokok itu disemai benih-benih harapan dan dibajai semangat untuk terus menulis blog. Jika ada rezeki, pokok itu akan berbuah tak lama lagi. Lepastu kau semua boleh makan buah tersebut. Buah apa, haku pon tak tahu. Eh sudahlah tu penulisan purba. Tulis sekarang.

Hari ini, hidup saya dimulai seawal jam 6 pagi. Pagi-pagi telah mengasapkan dapur untuk lunchbox Medina. Memang inilah rutinnya pada hari Medina sekolah.

 

 


Seawal jam 6 pagi, saya sudah mengasapkan dapur. Iaitu membuat pembakaran terbuka biar nanti Fireman Sam sampai. OK apa-apalah kau. Hari ini Medina sekolah. Pagi saya pon menjadi sangat sebuk tidak terperi. I cooked nasi goreng (she called it nasik gowink) dan ayam goreng kunyit bersama kacang hijau itu. Namanya saya juga tak pasti. Sambil memasak, menyiapkan pakaian ketiga-tiga budak supaya mudah bapanya kelak. Tak perlu berhempas pulas menghadap almari baju yang lailaahaillaallah almari bajukah atau gedung pakaian kah? Sambil itu memotong ingredients untuk beef porridge. Dan sambil itu juga menyediakan baby puree untuk snacking Yusuf. Iaitu red velvet cake puree. Apa dia?! Acah saja. Bayi lagi mana mungkin kau dapat red velvet cake. Makan apple, sweet potato dan deied apricot puree sudah. Red velvet biar emak makankan. Nanti khasiatnya dikau peroleh melalui susu sahaja OK. Good boy.
 

Nasi goreng yang begitu laju pembuatannya. Disukai ramai. Resepi ada dalam hati. Boleh telepathy jika mahu.

By 10 o’clock in the morning segala kerjaan wajib telah selesai. Tinggal yang sunat, sunat muakad, harus dan makhruh sahaja. Yang makhruh itu ialah seperti menghadap Facebook membaca kesah aneh-aneh, membaca tentang pembebasan Gaza dari perang (alhamdulillah) dan sekarang dah boleh lepak Starbucks minum frappe gelas besar siap tapau (I am judging you jika dulu awak berapi-api boikot nak bakar Starbucks tapi tadi awak dah tapau 17 cawan sebab qada’) Begitulah internet ini. Penuh onak dan duri.

I love my day. How to start a good day? Start early.

OK. Cukup OK hiburan bacaan ringan dan humor. Sekarang kita pergi ke penceritaan yang lebih serius. Serius sekarang.

- ZONE SERIUS -

Sedang kami suami isteri menyiapkan anak-anak secara muhibah, suami saya berkata ; tengok tu, Sunshine Cleaning.

Saya pon lalu intai ke luar tingkap. Lalu berasa sayu. Alahai. Tekaan kami benar belaka.

Sebelum itu. Pernahkah anda menonton filem Sunshine Cleaning? Jika belum, dapatkan DVD/VCD/Bluray/VideoTape/Download lah. Atau Google sekarang. Filemnya unik. Tentang adik-beradik buka perniagaan mencuci rumah orang mati yang telah kotor dan busuk akibat kematian itu.

Beberapa hari lalu ada saya ceritakan kesah jiran depan kami yang kami syaki telah mati sendirian beberapa hari sebelum dijumpai. Tekaan kami benar sekali. Sungguh menyentuh hati.
 

Pagi tadi ada service ‘sunshine cleaning’ datang. Pasti rumahnya telah berbau atau dikotori oleh mayatnya sehingga memerlukan service ini.
 


Kita zoom.
 


Zoom lagi.

Apa? Nak zoom lagi sampai dalam rumah? Maaflah saya tak buat kerja kerja menyebuk hal tetangga sampai begitu sekali. Tiada siapa di kejiranan ini juga yang pergi menyebok.

Sekarang, tahulah saya dengan pasti bahawa lelak tua itu benar-benar telah tiada. Tiada lagilah saya melihat dia mengemas halaman rumah dan menarik tong sampahnya pada setiap Khamis dan Jumaat. Walau tak mengenalimu, old man. We’re gonna miss you.

The end.
 

| 1 Comment »

Backyard Beach

August 25th, 2014 by chika

Monday blues adalah hak milik setiap insan. Jangan diingat hanya mereka yang perlu keluar bekerja sahaja menghadapi Monday Blues. Emak yang tidak bekerja juga menghadapinya. Malah mungkin lebih teruk. Biasanya blues ini mengakibatkan radang perasaan, berhalusinasi cuti dan melambatkan pergerakan tubuh. Ya Allah medical-nya huraian ini! Kan senang kau cakap je asal Isnin je kau malas. Asal Isnin je kau slow.

Seperti kebanyakkan Isnin, hari dimulakan lebih lewat berbanding biasa. Semuanya bergerak perlahan. Perasaan in denial bahawa hujung minggu telah habis dan perlu kembali ke rutin. Untuk menghadapi pagi Isnin ini, saya membenarkan kanak-kanak keluar ke backyard untuk bermain sand. Pergilah, nak. Supaya emakmu dapat melayan perasaaan seketika dan mengumpul kekuatan untuk memulakan rutin sepanjang minggu ini.

Untuk birthday party Yusuf dan Idris 2 minggu lalu, mereka dapat hadiah Sand & Water Activity daripada Aunty Aishah, Uncle Azmi & the kids. Tapi Yusuf tak dapat mainlah. Kerana aktiviti ini seharusnya untuk membina sand castle dan bukannya memakan pasir. Confirm punyalah bayi yang baru sudah bersarapan oats & berries itu akan snacking pasir jika diberi peluang. Sedangkan batu di taman permainan juga dikunyahnya.

Excited dibagi peluang bermain pasir dan air.

Apa? Pasir dan air? Bukankah kombinasi ini sangat menseronokkan kanak-kanak? Bukankah kombinasi ini boleh membuat sepah besar? Lebih sepah lebih meriah, mom! Bersepahlah, anak. Selagi belum mandi ini, ambillah peluang mengotori diri. Selepas mandi kelak, bukalah buku dan jadilah kanak-kanak bersopan.

Go crazy,kids!

Mulanya elok membina sand castle. Sedikit demi sedikit, imaginasi menjadi semakin wild. Maka jadilah wet & wild.

They are playing with Play Sand.

  • Selected from a weed free environment
  • Carefully screened and washed
  • Child friendly product

Boleh dapatkan dari Bunnings Warehouse. Siapa sahaja tidak gemarkan Bunnings? T_T Dan pasir ini murah sahaja. 20kg for less than $8. Nanti-nanti kita beli kinetic sand OK. Tidak mudahlah hendak menjumpai kinetic sands dari store. Semedang out of stock.

Mengapa bermain pasir adalah aktiviti yang sehat untuk kanak-kanak? Ianya artistic. Tapi lepastu emak kena bersihkan pakaian berpasir dan mengemas pasir. Bermakna akhirnya emak yang kena menguruskan pasir.

Baiklah. Sudah sampai masa untuk saya menguruskan pasir. Selepas itu kita makan pasir sajalah lunch nanti. Tak tak. Acah saja. Hey, engkau janganlah serius sangat pagi-pagi Isnin begini. Tahulah Monday blues.

| 8 Comments »

Apakah Telah Terjadi Kepada Jiran Kami?

August 24th, 2014 by chika

Ini rumah jiran depan kami.

Rumahnya biru muda. Rumah papan, lama dan kecil sahaja. Tapi halaman rumahnya bersih dan selalu dikemaskan. Rumputnya bersiram sekali-sekala. Pada hari lori sampah collect sampah, tong sampahnya seawal hari Khamis sudah keluar menunggu di tepi jalan. Sebaik sahaja sampah dikutip lori, tak tunggu lama untuk tong sampahnya kembali ditarik ke belakang rumah. Saya teka, pemilik rumah ini rajin dan berdisiplin orangnya. Saya tekalah.

Setahu saya yang telah tiga tahun tinggal di sini, rumah itu diduduki oleh seorang lelaki tua. Sendirian. Tak pernah nampak siapa-siapa selain dia. Hanya dia dan kucing. Eh, tadi kata sendirian? Kucing kira lainlah. Anak-anak saya suka bertenggek depan cermin bilik, tengok-tengok luar. Kalau ada orang lalu lalang, ditegurnya. Kalau orang tua itu keuar, dilaungnya - granpa! granpa!

Semalam.

Kami duduk-duduk sekeluarga menganyam ketupat. Percaya ke? Terpulanglah kalau nak percaya :P Tiba-tiba pintu rumah diketuk orang. Suami pergi tengok. Seorang perempuan yang tak dikenali datang bertanyakan tentang lelaki tua, jiran depan kami itu. Katanya sudah beberapa hari dia cuba hubungi, tak berjaya. Pintu rumahnya diketuk, tak dibuka-buka. Tiada siapa menjawap. Yang ada hanyalah sedikit bau kurang enak.

Alahai.

Kami ini nama sahaja jiran. Namanya tak kami tahu. Apa urusan hari-harinya apatah lagi. Perempuan itu nampak susah hati. Keliling-keliling dia pusing rumah jiran kami itu. Kami intai saja dari cermin bilik. Puas pusing, dia menjenguk-jenguk ke dalam. Puas menjenguk, dia duduk sekejap. Selepas itu, pusing lagi. Dan akhirnya nampak dia membuat panggilan. Saya teka dia hubungi polis.

Beberapa minit kemudian kami keluar ke Arndale untuk buat groceries shopping. On the way, ada ambulance bagi siren masuk ke laluan rumah kami. Saya teka, nak ke rumah jiran kami. Ha ah, saya memang main teka-teka saja. Sebab nak masuk campur macam tak pasal-pasal sangat.

Malamnya kami pulang, ada kereta polis depan rumah lelaki tua itu. Rumahnya terang. Saya teka polis sedang buat siasatan. Itu tekaan sahaja.

Sampai sekarang kami masih tak tahu nak teka yang bagaimana selain merasakan mungkin lelaki itu sudah mati beberapa hari lalu. Tak diketahui sesiapa memandangkan dia hidup sendirian. Jika benar tekaan ini, alahai menyentuh hati. Telah tiada kah orang tua yang selalu mengemas halaman rumah dan menarik tong sampah itu? Telah mati seorang diri tanpa diketahui kah? Sedangkan saya ini jirannya yang berjarak beberapa tapak sahaja ke hadapan. Sedangakan saya ini seharian di rumah.

Tapi, itulah. Kehidupan kita hari ini prinsipnya jangan jaga tepi kain orang. Sampai dah tak pasti bagaimanakah menjadi jiran yang baik? Adakah jiran yang baik yang rajin mengambil tahu dan disalahertikan sebagai penjaga tepi kain orang? Atau adakah jiran yang baik ialah yang buat hal masing masing dan diertikan sebagai pandai menjaga privacy orang lain?

Adakah anda jiran yang baik?

| 4 Comments »

Dimulakan Dengan Senaman

August 20th, 2014 by chika

Telah lebih seminggu kesihatan saya tidak baik. Dimulakan dengan demam panas bila malam menjelang, diikuti sakit kepala, sakit tulang dan terkini berhingusan dan batuk-batuk. Esok Medina sekolah. Saya perlu bangun sepagi-paginya untuk menyediakan lunchbox anak. Jika keadaan kesihatan saya berterusan begini, nampaknya terpaksalah saya mempunyai 5 orang bibik di rumah. Eh tetiba je nak 5 bibik, kau demamkah atau buang tebiat kah?

Mungkin ramai sudah tahu bahawa Medina sudah bersekolah. Tapi blog ini belum tahu lagi. Ya, Medina sudah ke kindy. Dia hanya bersekolah pada hari Rabu, Khamis dan every alternate Friday. Syukurlah bukan hari-hari. Hari dia ke sekolah adalah hari yang kelam kabut sikit bagi saya. Wah, dah ada anak yang bersekolah ye sekarang? Nampak sangat dah bertahun-tahun tak tulis blog sampai bayi yang newborn itu pon telah ke sekolah.

Susah betul hendak membuat karangan bila dah lama tidak menulis sebegini. Memasak kari kambing dua periuk besar lagi senang. Sudahlah senang, sedap dimakan. Sudahlah saya sedang lapar. Ada blog pon bukan boleh dimakan. Jadi mengapa ye saya ada blog sekarang ini? 

Sebenarnya saya ingin menulis pelbagai cerita yang terjadi sepanjang ketiadaan saya. Walau sebenarnya saya sentiasa ada bersepah-sepah di serata social media. Sebenarnya saya … mengapa saya asyik cakap ‘sebenarnya sebenarnya sebenarnya’ dari tadi? Sebenarnya saya memang dah tak reti membuat karangan! Mengapakah anda kena membaca tulisan ini? Maafkan saya telah kembali secara anti-klimaks.

Sudah hampir jam 9. Telah melebihi had berjagaku. Saya sekarang adalah budak baik yang tidur seawal jam 7 malam hingga 8 malam. Dan bangkit awal. Iaitu seawal 6 pagi (kecuali dalam waktu mestruasi) 6 pagi sudah bangun T___T Mungkin lebih awal daripada ayam.

Kejaplah. Izinkan saya menulis random pada malam ini. Sekadar ingin kembali mengenali WordPress dan penggunaan blog. Jari-jemari juga perlu bersenam. Otak perlu dijana kembali supaya dapat membuat kalimah-kalimah power. Jika esok lusa pon masih begini random dan tidak juga saya dapat menulis kalimah power, tumbuklah mukaku (jika kau boleh. Pastilah kau tak boleh HA HA HA HA HA) 

OK.

OK maksud dia cerita dah habis. Bersurai.

| 14 Comments »

The New Arrivals

August 20th, 2014 by chika

Bismillah.

Selamat kembali, blog. Jangan ke mana-mana dan tetaplah di sini. Saya akan mengusahakan kembali penulisan blog ini. Buat kenang-kenangan di masa hadapan. Betapa banyaknya waktu berlalu yang tidak diabadikan.

Nurulism.com telah pergi entah ke mana. Tak mengapalah. Kita boleh mulakan yang baru. The New Arrivals. Semoga penulisan saya masih sudi dibaca. Semoga kedewasaan saya mendewasakan blog ini. Semoga semuanya yang harmoni sahaja kali ini. Tanpa sakit hati. Tanpa benci.

 Untuk kewujudan semula ini, terima kasih tidak terperi buat Mr.Kay. Dengan ini beliau kembali menjadi blog manager ku. Bukankah suatu masa dahulu ketika dia menyelenggara blog saya, semuanya OK sahaja? Sehinggalah saya menguruskan sendiri dan blog pon meracau. Terima kasih kepada kekasih kerana sentiasa menjadi belahan jiwaku. Telah dikau sempurnakan jiwaku yang hanya separuh separuh hendak menghidupkan semula blog ini. Terima kasih kepada semua yang masih mahu baca.

Selamat datang ke
Dayfordills.com

- potong ribbon -

| 21 Comments »

Little Gentleman, Day 7

August 13th, 2013 by chika

Assalamualaikum.

Hari ni Little Gentleman genap 7 hari. Seminggu berlalu sejak saya terseksa-seksa ke hospital pada jam 3 pagi. Dan melahirkan bayi ini pada 12.57 petang. Long labour.

Hari ni saya dan suami umumkan nama pada anak-anak, ahli keluarga dan rakan taulan. Ye, kami simpan lama nama ni. Bertahun-tahun. Just the two of us. Hari ini barulah diwarwarkan.

Seperti biasa. Nothing fancy. Hanya nama kebiasaan dan kebanyakkan. Dengan maksud dan dari sumber yang baik insyaAllah.

20130813-172109.jpg

Bismillahirrahmaanirrahim.

Anak ketiga kami, AHMAD YUSUF BIN AHMAD HIZWANI. Walau tidak kelak setampan rupa paras Nabi Yusuf AS, Mummy dan Daddy mendoakan sikap dan perilaku terpuji dan secantik perilaku Nabi Yusuf AS. InsyaAllah.

Anak lelakiku, Ahmad Yusuf.

Dilahirkan sebagai seorang Muslim. Hiduplah sebagai seorang Muslim. Dan matilah sebagai seorang Muslim.

We love you, baby Yusuf.

| 15 Comments »