Archive for the 'Uncategorized' Category

Gorgeous Number 4

Posted by chika under Uncategorized

Assalamualaikum.

Saya perkenalkan, bayi ke-empat kami yang bernama BELUM-BAGI-NAMA yang baru sahaja tiba di dunia ini pada jam lebih kurang 3.30 pagi – waktu Melbourne. Saya akan tulis kembali detail yang lebih tepat kelak. Kerana tiada ketepatan dalam fikiran saya kini. Yang tepat hanyalah rasa. Iaitu rasa lapar.

Dilahirkan pada 25 August 2016. Seberat 2 tan setengah. Acah je. Musnahlah mummy kalau berat macam tu. But this is the heaviest, the biggest but surprisingly, the EASIEST and the SHORTEST labour baby. 3.3kg. Kira besarlah untuk record emak petite macam saya ini.

EDD sepatutnya pada 30 August. Telah tercepat 5 hari. Dilahirkan di sebuah hospital di tengah kota – Frances Perry House, Melbourne.

Baiklah. Saya nak tidur dalam ketenangan yang ku perolehi kini. Ada kegigihan, saya blog lagi.

20160825-132753.jpg

20160825-132801.jpg

20160825-132811.jpg

Diam diam berisi.

Posted by chika under My Fancy Pregnancy, Uncategorized

Assalamualaikum.

Ratusan purnama berlalu, tapi blog tetap begitu. Sepi dan sendiri. Dan penulisnya tetaplah seperti yang dulu ; suka bermadah dan acah acah.

Hai, semua! I am back (to annoy you)

Are you ready?
(Senyap)
Are you ready?
(Senyap)

ARE YOU READY?

OK awkward. Syok sendiri, of course. Heh kau. Telah ratusan purnama meninggalkan blog, sekarang kau harap penulisan kau ada yang hadap? Sejenis narcissistic apakah engkau ini?

But but! I have a very good news to share.

Dengan nama Allah.

20160624-170151.jpg

Seperti yang telah diteka oleh beberapa orang (dan mungkin ramai telah membuat bisikan dalam hati) …

Alhamdulillah.

Saya kini sedang hamil anak ke-4 (pada kali yang ke-5) Dan saya sangat gembira untuk berkongsi berita ini dengan semua. Saya harap, kesemua anda juga bergembira dan mendoakan yang baik-baik buat kami sekeluarga (I know I am annoying sometimes! Can’t help it -_-”) HEHE.

Maaf kepada yang bertanya-tanya tapi tak dilayan. Bukan taknak layan, tapi belum nak layan lagi. Now that I am ready to share my excitement with all of you, there’s nothing else to hide. Kau orang memang sejenis Jedi ke apa? Selalu saja tahu. Asyik message saya tanya tentang perut saya. Nasib baik memang benar berisi. Kalau sebenarnya tidak mengandungi isi di dalam lalu dituduh, bukankah kita bakal bersengketa? BUAHAHAHA.

Tak harapkan apa-apa dari semua. Cuma doakan. Doakan. Doakan. Doakan kami sehat, bahagia, dalam redha Ilahi. Dan err … minta bonus sikit boleh? Alang-alang dah berdoa tu, doakan sekali saya kurus walau perut besar. Terima kasih. Semoga siapa doakan saya kurus akan dikurniakan kurus. Amin.

Sampai jumpa lagi. Semoga blog ini diimarahkan dalam waktu terdekat. Atau mungkin nanti saya update bila anak nombor 4 saya (insyaAllah) dah habis pengajian di universiti.

Jika Tidak DipecahKan Ruyung

Posted by chika under Uncategorized

Assalamualaikum.

Masihkah ingat pada saya ini? Seorang penulis blog veteran yang sudah sedikit berusia berbanding dahulu kala. Hai! Saya kembali. Terlalu tiba-tiba, bukan? Telah mengapakah secara tak semena-mena menulis blog ini? Mendapat petunjuk mimpi kah, atau telah tersalah makan?

Kejap.

Susah juga ye hendak produce ayat-ayat yang menikam kalbu. Tidak seperti 10 tahun lalu. Di mana keremajaan dan kesegaran minda membolehkan saya menulis dengan begitu kelakar sekali. Eh eh mengaku diri kelakar pula. Kelakar tak? Oh kelakarnya. Hey, gila! Sudahlah.

Sebenarnya manager blog saya ini … wait! Manager what? Blog tinggal seperti ini ada manager? KAHKAHKAH kau memang kelakar. Sebenarnya bukanlah kelakar sangat. Saya sangat sayangkan blog ini. Kerana blog ini adalah sebahagian dari cerita hari semalam saya. Yang jadi arkib kenangan-kenangan hidup saya dengan ramai orang yang pernah ada. Dan kini, sebahagiannya tiada lagi. Contohnya, abah. Tiada lagi pada hari ini dan esok. Tapi ada pada hari-hari silam saya.

OK sambung.

Sebenarnya manager blog saya telah ganggu kehidupan saya yang tak berapa terkawal kebelakangan ini. Dia asyik ingatkan saya supaya bayar domain dan hosting. Terima kasih, Kay. Engkau seorang yang berjasa dari dulu, kini dan moga selamanya. Tanpa engkau, nescaya blog ini dah jadi rumah hantu. Boleh jadi lokasi filem seram agaknya. Sekarang pon macam dah nak seram sikit saya tengok blog ini. Sangat kusam, terbiar dan seperti tiada apa. Seperti tak pernah diraikan suatu masa dahulu.

Anyway.

Just a quick update. Jika anda ingin tahulah. Jika tak ingin, tak apalah. Pergilah buat squat sana jangan lagi berada di sini lagi.

  1. Saya sekeluarga kini di Brisbane. Hello, Brissy! Kembali kepada tempat di mana kami berada lebih 4 tahun lalu.
  2. Saya mempunyai 3 orang anak. Ye tahu, dah lama tak tulis blog. Macam dah 20 tahun bukan? Hakikat dia taklah selama itu. Jadi, saya belum lagi ada 7 anak. Hanya 3. Jangan over sangat sangkaan itu ye. HAHAHAHAHA kelakarnya (mudah terhibur sendiri)
  3. Medina telah berusia 5 tahun. Idris telah berusia 4 tahun manakala Yusuf telah pon 2 tahun. Bagaimana pula dengan saya sendiri? Oh. Tentang saya, tak usahlah anda bimbang. Usia berapa banyak pon saya tetaplah secomel ini. HAHAHAHAHAHAHA kelakar betul saya sekarang ini -_-
  4. Saya masih kelakar. Kadang-kadang je tak.
  5. Ye ke saya kelakar? Kelakarnya!
  6. Sebenarnya tak tahulah kelakar ke sewel sebenarnya. Itulah dia penangan minum coffee pada jam 9 malam. Telah satu macam. Sampai membawa kepada aktiiviti tulis blog. Sungguh diluar tabii.
  7. Medina telah pon bersekolah. Menjadikan saya ini bertambah sebuk tidak terperi.
  8. Saya masih tidak mengizinkan peliharaan kucing, chihuahua mahupun bulldog di rumah. Masih seorang pentakut haiwan seperti dulu. Cuma saya dahtak takut pedas. Ada kaitan?
  9. Hobi terkini saya ialah memasak dan mendaki gunung. OK either one is correct. You guess.
  10. Dalam lubuk hati saya masih berharap, saya akan kembali menulis blogon daily basis. Just because.

Telahjam 11.47 malam. Bermakna telah lebih had berjaga hampir 3 jam. Iaitu satu perbuatan buruk dan tidak disenangi. Tidur lambat adalah petanda awal  kemerosotan productivity esok hari. Selamat malam. Semoga esok saya  temui jalan kembali ke sini. Jika tak kembali, anggaplah saya ikut jalan jauh. Belum sampai.

XOXO.

Plan, please.

Posted by chika under Uncategorized

I plan to lead a happy life. In every seconds and in every beats of my life. But who are we? We can’t protect ourselves from these two ; happiness and sadness. But we can control the amount we want to carry.

I plan my day. Allah plans my day too. And HE is the best of planners.

As ‘written’ in Al-Anfal {8:30}

20150328-145239.jpg

20150328-145246.jpg

20150328-145254.jpg

20150328-145302.jpg

Just wanted to say. I love PLANNER. Plan, please.

Pattern Pattern Pattern

Posted by chika under Uncategorized

Salam sejahtera. Sari berita tak penting.

Dimaklumkan kepada peminat-peminat sewing pattern, sebagaimana yang telah saya janjikan dahulu untuk menjual koleksi pattern saya ini kepada anda yang berminat. Maaf atas kelewatan kerana saya ini hanyalah seorang emak yang kepenatan. Terlalu busy mengisi kehidupan ini.

Di bawah ini saya sertakan kesemua 57 koleksi peribadi saya. Ada yang terpakai, ada yang belum digunakan. Tapi kesemua ini koleksi lama yang mempunyai nilai klasik. Jika anda tak larat nak menjahit dengan pattern ini, ada boleh letak dalam museum. Atau simpan saja buat pekasam. Macam saya.

Sorry jika kualiti gampar kurang memuaskan. Tapi ikuti langkah mudah di bawah ini, insyaAllah anda akan menemui jalan yang benar.

  1. Klik gambar untuk paparan resolusi yang lebih baik.
  2. Setiap gambar tertera nombor dalam bulatan yang saya tulis sendiri.
  3. Tengok betul-betul mana berkenan, check size dan detail pattern yang tertera.
  4. Email saya ke nurulism(at)gmail(dot)com untuk order.
  5. Setiap pattern cuma ada satu sahaja. Tiada dua, tiada tiga kucing berlari. Siapa cepat dia dapat.
  6. Yang nombor 6 ni saya minta maaf siap-siap. Order kena buat by Friday ini. APA? GILA INI ORANG. Maaf, kena begitu cepat sebab nak bawa terbang ke Malaysia menerusi emak saya. Jika tidak, postage costnya keterlaluan.
  7. Tiada paksaan dalam membuat belian. Kerana ini koleksi peribadi. Siapa nak, saya jual. Yang tak nak, kekallah jadi pekasam saya.
  8. HARGA RM12 satu. Beli 3, RM30. Postage RM3. Beli banyak, kita cincai lagi sikit.

Siap.

1 (SOLD OUT) /2 (SOLD OUT) /3 (SOLD OUT) /4 (SOLD OUT) /5 (SOLD OUT) /6 (SOLD OUT)

7 / 8/ 9 (SOLD OUT) /10 (SOLD OUT) / 11 (SOLD OUT) / 12 (SOLD OUT)

13 (SOLD OUT) / 14 (SOLD OUT) / 15 (SOLD OUT) / 16 (SOLD OUT) / 17 (SOLD OUT) / 18

19 (SOLD OUT)/ 20 / 21 (SOLD OUT) /22 (SOLD OUT) / 23 (SOLD OUT) / 24 (SOLD OUT)

25 (SOLD OUT) / 26 (SOLD OUT) / 27 (SOLD OUT) /28 (SOLD OUT) / 29 (SOLD OUT) / 30 (SOLD OUT)

31 (SOLD OUT) / 32 (SOLD OUT) /33 (SOLD OUT) /34 (SOLD OUT) /35 /36 (SOLD OUT)

37 / 38 (SOLD OUT) / 39 (SOLD OUT) / 40 / 41 (SOLD OUT) / 42 (SOLD OUT)

43 (SOLD OUT) / 44 (SOLD OUT) / 45 (SOLD OUT) / 46 (SOLD OUT) /47 (SOLD OUT) / 48 (SOLD OUT) /

47 (gambar lebih jelas)

49 (SOLD OUT) / 50 (SOLD OUT) / 51 (SOLD OUT) / 52 (SOLD OUT) / 53 (SOLD OUT) / 54 (SOLD OUT)

55 (SOLD OUT) / 56 (SOLD OUT) / 57(SOLD OUT)

Kau Mawarku.

Posted by chika under Uncategorized

Hai, blog.

Hari ini telah wujud lagi sebuah kesalan dalam kehidupan aku sebagai seorang emak. Telah aku terputuskan charm bracelet Medina angkara keganasan dan amarahku yang bagaikan tidak beriman. Seketika ini, aku merasakan satu kegagalan. Gagal melimpahkan kasih sayang dalam kelembutan. Gagal menangani permasalan kecil kanak-kanak. Gagal bersabar.

Isunya remeh.

Namun aku bukan sengaja. Ia satu tragedi yang berlaku tanpa niat. Ketika aku hendak membuka pakaiannya ketika kusuruh mandi. Aku merentap kasar lalu terentap sekali bracelet kesayangannya. Lalu bertaburan manik-manik comel dan charms yang begitu cantik. Hati yang marah sekaligus menjadi sedih. Tidakkah kemarahan dan kesedihan pabila bersatu mampu membentuk seorang gila? Bagai Si Gila, ku pergi kutip butir demi butir manik. Aku kumpul semua. Aku simpan. Meski yang putus jika tersambung lagi tidak jua seelok dulu.

Maafkan Mummy, Medina.

Sebagai tanda kesal, aku keluarkan gelang emas miliknya yang aku beli dulu ketika dia masih bayi. Aku pakaikan. Lalu dia gembira bukan kepalang. Dilaungnya ke segenap rumah; Nek Ma, ini gold bracelet. Yang ini tak senang rusak. Yang ini kuat. Pelat-pelat sahaja dia berbahasa Melayu. Sedang gigih bertutur Bahasa Melayu dia itu.

Anak perempuanku itu, baik hati orangnya. Anak perempuanku itu, anak baik. Anak perempuanku itu, aku sayang. Sayang tidak terperi. Jika I LOVE YOU itu adalah sehebat bahasa cinta, buatmu Medina … cinta Mummy ini melebihi I LOVE YOU. Selalu marah. Tapi dalam marah itu tetap ada sayang terpaling dalam tidak terselam.

Medina,

You itu kanak-kanak perempuan ter-amazing bagi Mummy. Dan Mummy sayang Medina melebihi “I LOVE YOU”.