Archive for the 'My Fancy Pregnancy' Category

Diam diam berisi.

Posted by chika under My Fancy Pregnancy, Uncategorized

Assalamualaikum.

Ratusan purnama berlalu, tapi blog tetap begitu. Sepi dan sendiri. Dan penulisnya tetaplah seperti yang dulu ; suka bermadah dan acah acah.

Hai, semua! I am back (to annoy you)

Are you ready?
(Senyap)
Are you ready?
(Senyap)

ARE YOU READY?

OK awkward. Syok sendiri, of course. Heh kau. Telah ratusan purnama meninggalkan blog, sekarang kau harap penulisan kau ada yang hadap? Sejenis narcissistic apakah engkau ini?

But but! I have a very good news to share.

Dengan nama Allah.

20160624-170151.jpg

Seperti yang telah diteka oleh beberapa orang (dan mungkin ramai telah membuat bisikan dalam hati) …

Alhamdulillah.

Saya kini sedang hamil anak ke-4 (pada kali yang ke-5) Dan saya sangat gembira untuk berkongsi berita ini dengan semua. Saya harap, kesemua anda juga bergembira dan mendoakan yang baik-baik buat kami sekeluarga (I know I am annoying sometimes! Can’t help it -_-”) HEHE.

Maaf kepada yang bertanya-tanya tapi tak dilayan. Bukan taknak layan, tapi belum nak layan lagi. Now that I am ready to share my excitement with all of you, there’s nothing else to hide. Kau orang memang sejenis Jedi ke apa? Selalu saja tahu. Asyik message saya tanya tentang perut saya. Nasib baik memang benar berisi. Kalau sebenarnya tidak mengandungi isi di dalam lalu dituduh, bukankah kita bakal bersengketa? BUAHAHAHA.

Tak harapkan apa-apa dari semua. Cuma doakan. Doakan. Doakan. Doakan kami sehat, bahagia, dalam redha Ilahi. Dan err … minta bonus sikit boleh? Alang-alang dah berdoa tu, doakan sekali saya kurus walau perut besar. Terima kasih. Semoga siapa doakan saya kurus akan dikurniakan kurus. Amin.

Sampai jumpa lagi. Semoga blog ini diimarahkan dalam waktu terdekat. Atau mungkin nanti saya update bila anak nombor 4 saya (insyaAllah) dah habis pengajian di universiti.

Early sign?

Posted by chika under My Fancy Pregnancy

Malam 27 Ramadhan.

Saya tak boleh tidur sepanjang malam. Cuba tidur sejak jam 10 dengan harapan nak simpan energy untuk esok. Fikiran dah set untuk hadapi setiap hari sebagai hari berpotensi untuk bersalin. I need ENERGY.

Jam 2 pagi tadi, saya terus bangun. Sakit-sakit yang tak difahami. Suami tanya kalau-kalau saya sedang contract. Jawapannya, entah.

Dah tiga kali hadap situasi ini dalam tempoh 4 tahun. Tapi tetap tidak kukenal erti contraction sebenar bermula bagaimana. KAHKAHKAH. Ya Allah, tak kelakarnya! Sukar untuk menjatuhkan tuduhan ke atas setiap kesakitan atau rasa unpleasant itu sebagai contraction. Sebab dah hujung pregnancy begini, memang tubuh badan, jiwa dan raga ini sakit semuanya.

Hujung? Hujung mana?

Oh, dear blog! Saya telah sampai ke minggu 39 kehamilan. Tidak berupaya untuk blog perjalanan kehamilan kali ini kerana … (isi slogan)

EDD saya pada 12 Ogos, kata Sains. Takdir penentu segalanya. Allah lebih tahu bilakah malam Lailatulqadar (eh tetiba) dan sebegitu jua Allah Maha Tahu bilakah saya akan ditakdirkan melahirkan bayi ke-3 kami ini. Ya Allah, bantu kami dan mudahkan kami.

Gerak hati saya berkata, mungkin esok pagi atau lusa. Tapi gerak hati kadang-kadang tak bergerak membawa kemana-mana. Wallahualam.

Jam 3.32 am. Saya menulis ini. Sementara menunggu ‘contraction’ yang tidak pasti itu. Kali terakhir sakit adalah pada jam 3.16 am tadi. TAPI tak dikenalpasti itu contraction atau gurau senda bayi. Kalau boleh (ku bilang KALAU) saya belum ada mood nak masuk labour room lagi. Kerana saya nak beraya (MAKAN) atau sekurang-kurangnya selepas sesi TALK bersama Dr.Svigos esok petang (jam 4.30 pm) Hari ini suami saya masih on call. Kalau esok, beliau cuti. HE HE HE. Memilih-milih, ewah! Macam beli semperit boleh pilih-pilih.

Anyway.

Emak kesayangan bersama adik bongsu kesayangan sudah sampai Adelaide pada pagi 3 Ogos lalu. Alhamdulillah. Girang hatiku tak terkata. Dengan adanya Ma di sini, saya ready dah nak pergi bersalin.

Talk to you later, blog. I miss you so much, blog. XOXO.

Almost There

Posted by chika under My Fancy Pregnancy

20130603-084411.jpg

Itu gambar 2 minggu lalu. 28 weeks gestation.

Minggu ini adalah MINGGU KE 30 gestation.

Almost there. Masuk labour room lah. Kira-kira lagi 10 minggu, insyaAllah. Perasaan? Sama macam perasaan kali pertama. Ah. All I can say, pengalaman kali ke 23 pon tetap akan sama seperti pengalaman pertama. Mendebarkan jantung dan mensakitkan perut menulis ini

EDD : 12 August 2013

Terima kasih semua yang mengucapkan tahniah, mengutus doa kesihatan dan berkongsi suka. Semoga Allah bagi pulangan yang baik untuk kalian.

Esok saya blog lagi sekiranya hormone saya mahu. Bear with me now. I am
Hormonal. Kadang dia swing ke kiri meribut-ributkan jiwa. Tapi hormone kehamilan ada sisi cerah. Antaranya ; I love my pregnancy hair and skin!

Kejap. Lepas bersalin kelak, selamat kembali jerawat keremajaan! Selamat pulang rambut gugur! Oh please that hormones, stay with me lama-lama. Please.

Baiklah. Hormone kehamilan menyeru saya duduk diam-diam sekarang menonton Revenge. Bersama secawan minuman panas. Need rest. Sarat.

Are you pregnant?

Posted by chika under My Fancy Pregnancy

Am I?

Kebelakangan ini saya mendapat mesej-mesej peribadi melalui Facebook, Twitter malah di email bertanyakan soalan ini. Sungguh comel perbuatan merisik khabar. Lebih comel apabila terus disua ucapan tahniah ; Tahniah Chika on your pregnancy! (Di Instagram) I sweat buckets!

Mestilah menghasilkan perpeluhan. Kerana lubang dah nak pecah rupanya. HAHAHAHAHAHA.

Wait.

It’s true? Are you pregnant?

Alhamdulillah. Ye. Saya pregnant lagi. InsyaAllah akan menyambut kelahiran anak ke-3 pada tahun ini. Sungguh membahagiakan.

Mereka yang telah tahu lebih awal (kerana begitu comel bertanya saya secara personal) terima kasih kerana menyimpankan rahsia ini. Bagi yang berteka-teki, tadaaaa!

I am pregnant again. I am HORMONAL again.

20130603-023905.jpg

8 Hari Sebelum

Posted by chika under My Baby You, My Fancy Pregnancy, Nur Medina

8 hari sebelum bersalin, saya masih berkeliaran di Gold Coast. Berjalan-jalan mengukur tanah. Mencari-cari makan yang memuaskan nafsu perempuan hamil yang berpuasa. Iya. Saya berpuasa sepanjang kehamilan setakat yang direzekikan. Pada hari ke 14 Ramadhan, saya telah ditakdirkan masuk labour room dan puasa terbatal. Menjadikan saya ini berhutang puasa pada Allah SWT sebanyak 17 hari. Minta dipanjangkan umur supaya dapat melangsaikan hutang tersebut.

8 hari sebelum Medina menjadi seorang kakak. Dan 8 hari sebelum saya menjadi a mummy of two.

Sekarang ini, Medina senang dipujuk untuk behave dalam carseat.
Atau angkara carseat baru yang lebih sedap?

Saya tergila-gilakam Bugaboo Donkey yang tidak available secara nyata untuk diusap, dipegang dan dibelek. Maka, any Bugaboo will do. Nampak sahaja, akan mencuba. The system is amazingly awesome. Tapi dari segi saiz when its been folded, adalah diskriminasi bagi kami yang tidak mempunyai boot kenderaan yang besar. Sebab itu angan-angan saya masih tersangkut. Angan-angan saya masih valid. Waktu akan menentukan segalanya Ececeh.

Nampak tidak? Shoes besar itu. Dia mahu itu. Dia tak tahu yang shoes itu bukan sahaja boleh memuatkan 6 kakinya, malah boleh muatkan kaki emaknya juga KAHKAHKAH.

Kedai ini dibuatnya macam taman permainan.

Saya cool, kan?
Dan itu Mummy saya.
Di dalam Mummy saya, terdapat adek saya.

Nak tengok saya jalan terkedek-kedek macam itik gembo-gembo?
Picit PLAY

Monday Yang Ini Sememangnya Birus.

Posted by chika under My Fancy Pregnancy

Saya tidak tidur sedap sedap malam semalam. Beberapa minggu kebelakangan ini, tidur tidak sesedap biasa. Late pregnancy syndrome. Berada dalam minggu ke 35. Lagi berbaki 5 minggu. Tak lama lagi.

  • Short of breathing. Dear beloved growing uterus, I know that you’re pressing againts my diaphragm. I know that’s a sign that my little khalifah in there is growing good. Tak apalah.
  • Dear, nose. Please stop bleeding.
  • Dear iron tablet, thank you for the constipation. Ia mengerikan.
  • Abdominal pain, backache and headache. Kamu semua memang serangkaian gejala yang datang bergurau-gurau dengan ibu-ibu hamil. What to expect kan?
  • Gestational TB makin kritikal. Bergegas ke tandas laju-laju secara emergency memang turn me off. Still! What to expect?
  • Dear Medina, engkaulah ratu hatiku. Mummy cintakan kau. Terima kasih sebab selalu buat kelakar (walaupon selalu buat darah Mummy go upstairs) Kuat imitate dia itu. Sekarang sedang giat imitate bunyi duck, beruang dan cat. Dan imitate gaya orang sedang bercakap.

Tolonglah. Pagi ini sungguh plain boring. Suami kembali bekerja. Saya kembali menghitung hujung minggu untuk sampai. Menghitung minggu demi minggu to be in labour. Excited satu macam untuk melihat bayi baru ini. Pernah melihatnya sekali sahaja sepanjang tempoh 35 minggu ini menerusi ultrasound.

Saya menyenangi Dr. Steele. Seorang obstetrician berusia. Rakan kepada suami. Lemah lembut sopan santun berbudi bahasa kelakar dan suka memancing (eh mana kau tahu? Tak, aku acah je) Kaedah beliau membuat antenatal checkup memang tidak sama dengan kaedah Dr. Spikey dulu. Dr. Steele ini takda main ultrasound punya kaki. Dan tentulah suami saya menggemari sikap itu. Dia bilang, I am expecting another tiny little bub macam Medina. Heh. yang itu aku pon pasti tahu. HAHAHAHA. Tengok perutlah!

Tidak kelihatan sarat kadang-kadang membuat aku sedikit terkilan. Kerana ada waktunya, aku mahu difahami oleh umum bahawa aku sedang sarat. Jangan tengok size perut, boleh? Dalam kehamilan, size doesn’t matter (ewah) Yang penting usia kehamilan. Saya sedang pregnant 35 minggu! Saya sedang berasa sarat. Dan tak larat. Saya hanya mahu berbungkus dalam duvet cuddling Medina sambil mengetik mobile phone atau menonton TV. Dan juga makan. Kerja kemas mengemas aku dah tak minat. Membeli belah, berjalan-jalan dan bercuti-cuti juga aku tak minat. Sebab psikologi aku tidak berapa baik. Aku diburu bayangan labour.

Pokok-pokok depan rumah telah ditebang habis oleh jiran yang rajin. Tetapi saya tidak tahu, apakah penerimaan saya terhadap perbuatannya ini. Mungkin suka. Kerana dapat simbahan matahari yang lebih banyak untuk menghangatkan sedikit musim sejuk ini. Mungkin juga tidak berapa suka. Kerana rumah kelihatan terdedah. Bagai wanita Arab hilang purdah. Ha?

Tolonglah!

Isnin kusam.