Archive for the 'LOVE STORY' Category

Selamat Ulangtahun, Sayang.

Posted by chika under LOVE STORY

Ketika saya dinikahinya, tidaklah berapa ku kenal siapa sebenarnya suamiku itu. Cukuplah ada rasa dalam hati dan Allah rahmati. Cukuplah ibubapa beri restu dan yakin Allah akan bantu. Yakinkan saja bahawa lelaki yang bermuka senyum dan bertingkahlaku sopan santun itu baik orangnya. Boleh dijadikan suami sehidup semati. Boleh diharap menjaga, membimbing dan mengasihi.

5 tahun bersama, telah saya kenal suami saya itu. Tapi pastilah Allah lebih tahu. Baiknya dia itu biarlah saya dan Allah yang tahu.

20140926-120323.jpg

 

Selamat hari lahir, suamiku.

Sudah 13 hari fizikal you tidak di sini. Tapi dalam hati selalu ada. Apatah lagi dalam doa. Yang elok-eloklah ya, di sana. Isterimu di 9th Avenue yang tidak sesuci Tanah Suci ini juga berdoa untuk kesejahteraan you di dunia dan akhirat. You yang di Tanah Suci itu, berdoalah untuk usia yang panjang dan bermanfaat. Berdoalah untuk masa depan keluarga kita yang cemerlang. Berdoalah apa saja. Tak mampu menghadiahkan bintang di langit, tapi telah kuhadiahkan pengorbanan berjauhan selama sepurnama ini. Manfaatkanlah keberadaan di Tanah Suci itu untuk kebaikan selagi hidup dan kebaikan sesudah mati.

Terlalu baik, you itu.

Baiknya apa, biarlah aku yang tahu. Baiknya apa, biarlah Tuhan yang nilai. Terima kasih kerana selalu berbuat baik kepada isteri, anak-anak, ibubapa, keluarga dan orang lain. Terima kasih kerana menikahi I. Terima kasih untuk kehidupan yang kita ada ini. Pastilah dari Allah jua datangnya.

Terlalu rindu. Setitis rasa ini, menitis dan semakin parah.

Our First Anniversary

Posted by chika under LOVE STORY

.

7 February 2010 ;
Selamat ulangtahun perkahwinan, Sayang!


Malam hari ulangtahun, saya bersungguh-sungguh di dapur. Mencuba sedaya-upaya menghasilkan cheesecake. Cubaan pertama. Tanpa siapa ajar. Tanpa supervision siapa-siapa. Tanpa skill. Yang ada cuma … ehem … kasih sayang. Jadi, ingredient basic membuat cheesecake ulangtahun, adalah kasih sayang. Selebihnya dibantu oleh sikap daring yang tersemai di dapur. Sungguh ni. Memang tidak tahu-menahu langsung tentang kaedah membuat cheesecake.

Selesai solat Maghrib, terus masuk kitchen. Mengeluarkan kesemua apa yang ada. Baiklah jangan siapa-siapa ada hati pergi cuba salin ingredients di atas. Semuanya berciri ‘pandai-pandai’ saya saja. HAHA. Disebabkan tak ada lemon, saya bantai guna lemon juice cap Coles. Disebabkan tak ada vanila oil, saya pandai-pandai pakai yogurt vanila. HAHA. Disebabkan tak tahu apakah jenis cream kena pakai, cottage cream also can. LOL. Bukankah sangat daring?

Tak lama mana nak membuatnya. Lagi-lagi berbekalkan slogan ; ANYTHING OSO CAN. Agak-agak macam dan ada rasa, saya terus bake! HAHA. Jangan pikir banyak. Bake dalam oven. Biarkan sejuk. Masukkan dalam fridge. Dan selepas itu, kami pon ditinggalkan dengan debaran sepanjang malam. Tak sabar nak tengok apakah jadi dengan kek tersebut pada esok hari. Adakah berupa macam kek? Atau pon sudah menjadi macam sejenis spesis yang takda pernah diketahui? Sangat mencemaskan. Dan sebagai orang yang bertanggungjawap menciptanya, saya pasti akan terlalu kecewa kalau esoknya melihat kek yang takda macam kek.

Malam sebelum ulangtahun, kami tidur lewat. Suami sebuk melakukan kerja-kerja sulit. Yang kalau saya lintas saja, dia menggelabah tak tentu hala. Bila saya datang dekat nak duduk sebelah dia, dia suruh saya pergi main jauh-jauh. Saya pula selain sebuk mencipta kek paling daring dalam dunia, saya membuat wall deco. Malam tersebut macam busy. Dalam hati pon busy juga. Berasa touching yang sangat mendalam menjelang ulangtahun pertama. Macam tak percaya langsung. Aik? Sudah setahun? Apsal rasa macam baru 10 minit nikah? HAHA.

Aku terima nikahnya.
Okay SAH.
Bagi mas kawin.
Sarung cincin.
Kucup dahi.
Yeay, kahwin!

Sungguh cepat masa berlalu.

Pagi 7 February 2010. Saya bangkit lewat sikit. Tak sedar bila suami saya bangun. Tiba-tiba saja, dia masuk bilik dan berteriak excited ;

” Happy Anniversary Sayang! *muah* Kek you dah jadi! Yeay!”

We hugged.

Saya rasa CINTA. Dan excited pagi semalam.

Suami mengeluarkan satu bag kecik yang disoroknya atas wardrobe. Sebab dia tahu saya tak akan sama sekali sampai untuk menjenguk ke atas wardrobe T___T Sebab itulah dia sembunyikan di situ. Saya pula, terus berlari masuk ke guest bedroom. Saya juga ada sorokkan hadiah. Saya sembunyikan belakang mirror. HAHA.

Kami duduk atas bed. Bertukar hadiah. Dan saya rasa nak cry. Everytime kami pandang muka sesama sendiri, we hugged each other. Sebab rasa macam emotional gila. Macam ; Dah setahun? How come how come? Sangat emotional. Toooooo emotional. While, the little ‘us’ in my womb was kicking non-stop. Macam dia pon faham juga yang ibubapanya tengah emotionally in love. Sob sob sob.

Ya Allah Ya Tuhanku. The present yang suami bagi sangat sweet. SANGAT MANIS. Dan biarlah kami simpan sendiri apakah hadiah tersebut :) Saya tak boleh henti membelek hadiah tersebut. Setiap saat rasa macam seronok sangat bila tengok hadiah tersebut. Tak sangka saya dapat hadiah tersebut! Thanks, darling. Yang kotak merah itu, hadiah dari saya buat suami. Saya seronok bila dia pon seronok dnegan hadiah tersebut.

The cards.

Husband saya bukan jenis yang ‘macam ini’. Maksud saya, bukan jenis yang akan sanggup create card sendiri. Bila dia lakukan ini sepanjang malam, saya rasa macam TERHARU sangat sangat. Patutlah malam tersebut asyik tak kasi saya intai apa dia buat. Ingatkan dia nak hantar email ke apa. Rupanya, dia buat kad sendiri! Gosh. This is tooo sweet, boleh kena darah tinggi ye. HAHA. Tepat jam 12 tengah malam, beliau tuliskan sebuah entry anniversary dalam blog ini. Saya tak sangka langsung. Bila saya masuk blog sendiri, dan terbaca ada entry yang macam aneh gila ; Eh, aku tak buat entry ni. Saya betul-betul terkejut. Terus terkedu depan laptop.

Saya dalam bilik ketika itu. Suami di ruang tamu. Saya rasa macam nak nangis tiba-tiba. Saya call husband saya. HAHA. Saya ucapkan terima kasih dan terus menangis tersedu-sedu di hujung talian. See. Emotional gila.

‘You nak I naik?,’

‘Nak’

‘Okay I naik sekarang. Bye. Assalamualaikum’

Fuh. On the phone pada malam ulangtahun. Bukankah sangat romantis? HAHAHAHA.

Lepas bertukar hadiah dan menikmati hadiah disamping melayan emosi dan sebagainya, suami tarik saya turun ke kitchen. Beriya-iya dia ajak saya tengok kek.

Baiklah. Kek tersebut taklah AWESOME. Nama pon main bantai buat saja. Tapi nilai sentimental dia, priceless I guess. Sekali lagi rasa nak nangis kek yang sungguh aneh tersebut.

Rupa tak ada. Rasa ada.

Dan kami melakukan kerja yang sangat messy pagi tersebut.
Main tulis-tulis menggunakan blueberry jam.
LOL.

Kek ini mungkin tidak kelihatan great.
Mungkin tidak berasa great.
Tapi kami enjoy the cake seperti inilah kek paling hebat dalam hidup kami.

.

One year is never enough.
We need FOREVER.
I Love You, Husband.

SEVEN ELEVEN

Posted by chika under LOVE STORY

Inilah dia contoh Sabtu yang memboringkan. Bila suami on call 13 jam. Bila I kena tinggal 13 jam. Bila tak ada kerja lain ulang Mario Cart 13 kali. Bila kena jawap phone yang tidak bermanfaat sebnayak 13 kali (contoh). Apakah punya Sabtu. Terlalu bosan. Hari-hari lain bosan tak apa. Tapi kalau weekends pon kena bosan juga, berasa tidak fair sekali. Definisi bosan saya mungkin bukan yang anda bayangkan. Bosan terdefinisi bila suami tak ada. Lagi-lagi bila dia on call.

Baiklah I tak komplen. Sebab banyak benda boleh buat pada 13 jam yang solo ini. Boleh mengemas dressing table. Boleh mengemas chicken. Kitchen lah. Boleh menguruskan baju-baju dan sebagainya. (okay on lagu WANITA sekarang)

Hujung bulan ni, husband akan on call malam selama seminggu. Yahooooooooo. Aik bukankah tadi bercakap macam sedih? Err. Sedih sebab akan membosan pada waktu malam. Namun demikian, seminggu selepas itu beliau akan bercuti selama seminggu pula. Inilah pula contoh kepada kata-kata yang berbunyi ; Berkerja-kerja dahulu, bercuti-cuti kemudian. Harap dapat pergi holiday. Holiday hujung tahun macam satu agenda patut dibuat. Sayang, bawalah ku pergi. Okay macam malas dengar kata-kata macam ini. HAHAHA

Hari ini walaupon merupakan contoh sebuah Sabtu yang memboring, tetapi hari ini adalah SEVEN ELEVEN. Iaitu Seven haribulan Eleven. Genaplah 9 bulan saya menjadi isteri kepada Dr.Ahmad On Call (itulah asyik on call saja kan I dah protes macam ini) HAHAHA. Macam comel juga nama tersebut. Romantis sekali.

Rasa macam baru tengah hari tadi diijabqabulkan. Aik sudah 9 bulan? Apsal I rasa macam baru 9 minit sahaja? Sungguh romantis berkata begini harap suamiku terhibur. HAHAHA. Setiap hari sepanjang 9 bulan ini diisi dengan mengutip dan menyemai cinta. Okay okay maafkan saja bahasa cinta penulis. HAHA.  Okay teruskan. Saya masih tak berhenti bersyukur sebab dipertemukan jodoh sebaik ini. Kalaulah kita ini dilahirkan sebanyak 13 kali ke dunia, 13 kalilah saya mahu menjadi isterinya. Ku bilang KALAU. Tapi tak apa. Kita dilahirkan sekali sahaja ke dunia. Dan akan dimatikan kelak sebanyak satu kali juga. Jadi untuk itu, saya berharap akan menjadi isterinya untuk sekelian hidup dan kesekelian waktu sesudah mati. Senang cakap, dunia akhirat. Insyaallah.

Semua lelaki I tak pandang dah. HAHAHA kerek gila. Sebab syurga saya ada pada suami saya sahaja jadi tak akan berguna satu sen pon kalau memujai lelaki lain. Bukankah begitu? Err. To express love, susah. Jadi takyah express lebih giat lagi. Yang penting ikhlaskan hati.

Sayang Sweetheart,

Lagi 3 jam you akan pulang ke rumah kita yang manis ini. Tapi kenapa 3 jam rasa macam 3 ratus jam? I dah tak boleh bersabar dah. Jangan sampai I pergi hospital sekarang carik you. Eceh. Mana mungkin. Keluar rumah pon tak berani, ada hati nak ke hospital memang kelakar. I love you one. You’re the sweetest thing happened in my life. Redhakan semua perbuatan I selama ni, I mohon :) Okay Sayang. Malam ini kita makan CINTA sahaja. Sebab I tak masak T_______T Tapi tak apa. Nanti I ikhtiarkan sesuatu.

Apatah aku cakap neh.

Baru kejap tadi husband saya call. Dia cakap ; Yang, lagi 3 jam I balik rumah. Yang, kenapa tak update blog?

Lantas I pon update blog.

Jatuh Cinta Lagi

Posted by chika under LOVE STORY

Touching pulak waktu-waktu Maghrib macam ni. Rasa nak menitik airmata pon ada. Demi suami.

Lately beliau habis kerja lambat. Dulu pukul 4 petang dah habis kerja. Sekarang patient banyak kerja pon banyak. Pukul 5.30 baru sampai rumah. Petang ni pulak, habis saja berkhidmat dengan masyarakat terus pergi farmasi cari Vitamin untuk isteri yang sudah terkulai lembek tidak bermaya (kedengaran over tapi ini serius percaya sekarang)

Saya demam panas. Dah jumpa doctor dah. Baiklah takyah ulang lagi entry lalu tentang kesan cuaca. Pitam bukan main disebabkan panas dari dalam. Masak jangan tanya heh. Sejak sebulan di Malaysia dan bersambung dengan seminggu lebih pulang ke Brisbane ini, memang saya tidak menyentuh kuali dah. Selain tidak larat, saya juga tidak lazat. HAHAHA AKU SENGAJA NAK BUAT AYAT BERIRAMA. Heh annoying gila walaupon sakit. Baiklah baiklah. Selain tidak larat, saya juga berasa malas untuk makan secara solo kerna itu macam perbuatan gadis jomblo padahal I bukan jomblo! Tanda seru. Emo. HAHAHA.

Sudut info : Jomblo* Bujang.

Yang hendak saya touching-kan ketika ini ialah suamiku punya sifat yang sangat melengkapi hidup yang fana ini. Dahlah baru pulang dari  kerja, habis kerja bergegas ke farmasi dan sering hubungi saya sebelum pulang ke rumah ; Yang nak pesan apa-apa? On the way balik i belikan. Dan biasanya saya hanya akan kata ; I nak you balik. (Eh bukan like I nak you balik! Sekarang! Tak tak) It’s like … I nak you balik, Sayang. Nada sangat mithali suara lembut merdu berpurdah. HAHAHA macam takyah explain.

Baiklah.

Sekarang. Jam 6.30 petang. Belum sampai satu jam kepulangannya ke rumah. Tapi beliau sibuk di dapur. Memasak. Ya Allah baiknya lelaki yang Engkau berikan pada aku ini. Nak cry now. Nak cry now T_____T Saya dah defrost ayam sejak pagi tadi. Cadangnya saya yang nak masak sebab dah lama tak menggoncang kitchen kononnya. Tiba-tiba tengah hari tadi saya migrain terus memasak di dalam hati sahaja. Suami saya balik tadi, terus dia offer nak tolong masak untuk dinner malam ini.

Ya Allah.
Engkau balaslah kebaikkannya padaku dengan sebaik-baik balasan.
Amin.

Saya jatuh cinta lagi.

Bukan sebab dia masak ayam malam ini. Bukan sebab dia beli Vitamin petang ini. Bukan juga sebab dia selalu nampak handsome pagi-pagi nak pergi hospital. Tapi sebab dia suami saya. Saya cintakan semua kelebihan malah kekurangannya. Walaupon terkadang saya menilai kekurangannya secara tidak waras, tapi kewarasan dia dalam kekurangan itu akhirnya buat saya insaf dan bertaubat.

Saya jatuh cinta lagi.

8 months ago.

Kalaulah Dimengorat Sejak Kecil

Posted by chika under Hiburan Gratis, LOVE STORY

Kalau masa kecil-kecil I dah tahu yang I akan kahwen dengan you, dah lama dah I malas dimengorat oleh lelaki lain (ceh dimengorat) Kalau dari kecil lagi dah dapat signal CHIKA KAU KAHWEN DENGAN DR.HIZWANI NANTI, KAU INGAT SEKARANG, mesti I dah carik you pada tahun 1992. Masa itu I tadika. Eceh ada hati nak cari soulmate masa usia enam tahun. I pilih tahun 1992 sebab sewaktu itu I berusia enam tahun dan sudah pandai mempunyai perasaan untuk dirasa. I pasti dah paksa ibubapa bawak I carik you untuk dijadikan kenalan baik sebelum berkahwin pada tahun 2009 akan datang. Eh macam susah nak faham cerita ini. Faham-fahamkan.

Kalau I tahu dari kecil yang I akan mengahwini seorang doctor, tak payah I pasang angan-angan nak kahwen dengan seorang ahli perniagaan. Memang melampau kau Chika masa kecik dah pandai buat target nak kahwen dengan ahli perniagaan. HAHA. Kalau I tahu ada budak lelaki bakal menjadi doctor dan handsome apabila dewasa lalu mengorat I pula, dah lama I simpan cita-cita nak jadi nurse sahaja. Supaya sekarang I boleh apply kerja dekat Queen Elizabeth II Hospital sebagai nurse. Selepas itu boleh berkepit dengan you macam tidak belajar pendidikan islam topik MALU.

Dan kalaulah I jumpa budak lelaki ini pada tahun 1990, I akan panggil dia abang dan bagitahu dekat budak lelaki ini : Abang comel. Mari kita berkenalan sampai ke akhir hayat kita. Begitu romantis.

Budak lelaki itu kulit dia putih suci bagaikan mandian susu. Budak perempuan itu berambut hitam pekat dan lebat bagai mendapat rawatan minyak panas padahal guna jari pon boleh. Budak lelaki itu mata tak berapa nak bulat, tapi cukup wide untuk dijadikan special feature. Budak perempuan itu pula bermata bulat sebulat bola yang bulat. Tengok kembali kepada budak lelaki itu. Wajah begitu soft dan innocent. Betul-betul seperti budak yang baru belajar hendak hidup. Lain pula dengan budak perempuan itu. Muka nak ketat sahaja. Pegang makanan dalam tangan patutlah gemuk pada usia sweet 23 T___T

Bayangkan sekarang. Kalau kedua-dua budak ini digabungkan akan membentuk apa? Tidak akan membentuk Naruto sama sekali. Tapi macam ada chance untuk membentuk satu lagi muka yang sumpah comel tak boleh blah. HAHAHAHAHA. Biarkan aku hanyut seketika. Lantak kau Chika, lantak kau.

Aih. Macam speechless bila I tengok gambar kita kecik ini lama-lama. Macam kalau fikir balik, budak lelaki pakai topi besar muka innocent itu pergi mengorat budak perempuan kecik tapi baju dah macam datin tersebut. Tak sangka budak lelaki kulit putih bagaikan mandian susu itu tercipta untuk budak perempuan rambut hitam pekat rawatan minyak panas.

Tugasan pembaca. (over kau chika bagi tugasan dekat pembaca)

Fikirkan situasi bayangan budak lelaki kecik itu mengorat budak perempuan kecik itu. Cuba bayangkan budak lelaki itu propose ajak kahwen selepas itu budak perempuan itu malu terus ketawa tersedu-sedu (ini babak berdasarkan kisah benar)

Okay dah. Harap anda semua terhibur walaupon macam tak faham sangat apatah aku buat ni.

.

.

Eh apsal comel sangat si topi bulat tu tak boleh blah I rasa dengki macam nak delete saja gambar dia dari laptop ini tapi tak apalah I tengah pakai laptop milik si topi bulat so jangan nak lebih-lebih behave sikit T___________T

Love & Co

Posted by chika under LOVE STORY

My name is Bunga Chika Lestari.

Yewwwwwh Chika! Tolong sumpah sekarang tak akan ulang lagi nama di atas, I meluat. HAHAHA.  Melakukan perbuatan annoying memang my habit, well. Selain menggunakan nama Chika Citra Lestari, saya juga pernah menggunakan nama Nurulism Hepburn, Chika Dior malah pernah juga menggunakan nama Anggerik Desa. CEH sumpah geli ah jom blah semua. Menyesal ah baca nurulism.com kalau tahu Chika macam neh. HAHA. I gurau lah gurau. Siapa panggil saya Bunga Chika Lestrai secara lebih lanjut, siap dia. HAHAHAHA. Eh dah ah asyik annoying je.

Hari ini telah keluar bersama rakan sekolah ke Puchong membawa ke Bangsar dan seterusnya ke kedai jambu 88 di mana kejadian Dedek buat hal mintak mainan harga RM18 pastu ulang ulang cakap sepanjang jalan sumpah terror sanggup ulang cakap mintak mainan tanpa henti. Good luck Astri. (info : Dedek adek bongsu Astri)

Cerita Puchong, Bangsar, Dedek mintak mainan, Aizar menyampuk tak bagi salam, Jullian beli kereta baru cash fuyyyo terror dan sebagainya akan kita ceritakan kemudian. Sekarang kita cerita benda manis-manis dulu semanis lori gula terbalik what the heels ? *&%#%^

Eii manisnya. CEH. Belum cerita lagi hati dah flowery bau softlan floral peach (eh tetiba pulak) Sumpah merah menyala hati ini bagaikan cinta kali pertama menyapa hati :x (icon cinta berdegup-degup versi yahoo messenger)

Masuk sahaja ke dalam rumah pada petang tadi, terus merah menyala oh jantungku. Histeria di tempat kejadian terlupa ada emak ada makyang ada bapa di depan mata. Terus tango di situ. Gedik sekali.

Sejambak bunga di atas meja kaca! Dengan kiriman kad bersampul merah jambu oh so lovely. Tak fikir lain dah. Takyah teka dah takyah. Dalam fikiran dan hati yang penuh kecintaan ini, dah tahu sangat dah lelaki manakah yang manis sekali mengirimkan jambangan bunga buat saya. Tak ada terfikikan lelaki budiman lain dah. CEH kau dah kawen lelaki budiman mana pulak nak buang duit bagi kau bunga? HAHAHA.

Lovely………….. ! From my dearest husband I LOVE YOU. Manis sekali perbuatan tersebut mengirimkan bunga buat isteri di tanah air. Cannot tahan liao. Very touching sob sob sob. Tak sangka-sangka akan mendapat a bouquet of roses bagaikan dalam usaha mengorat phewwit phewwit. He is the man! Bukan sahaja bermain bunga semasa nak mengorat, selepas dah dapat pon masih sanggup bermain bunga. Sangat lovely, Sayang I can’t help it.

Punyalah touching separuh nafas dibuatnya, tidak sedar telah melafazkan kata-kata berani mati di hadapan keluarga. Memuji suami sendiri pastu lupa yang ibubapa sedang menonton aksi ngeri tersebut. HAHA.

“Ya Allah. Sayang ni comellah. Romantic always omaigod. Sayang, I love you too. Waaaa… rindunya kat you lama tak jumpa”

Sumpah annoying ok aku hari ini. Cakap yang bukan-bukan melepas kalimat cinta depan ibubapa CEH tak malu ah dia neh.

My mom is MY MOM okay. Apa lagik, dia bantai gelaklah beberapa harkat di situ langsung tidak bersisa. Gelak habis-habisan. Bapa sudah tersenyum sangat pannnjang. Mak Yang mentengok muka anak buahnya dengan penuh seri. Pasti dia pon takda boleh memahami istilah percintaan muda-mudi zaman ini.

“Tak apalah. Dia nak puji suami dia sendiri, apa salahnya,” Emak cakap pastu dia ajar ramai-ramai ketawa. Okay fine.

I love you too Sayang.
There’s nothing really matters but the love you bring.
Thanks for coming into my life.

I miss you Sayang.
To see you in the morning with those big brown eyes

Seperti biasa. Citarasa bunga-bungaannya selalu cantek.

Setiap kali menerima bunga dari beliau, saya mesti tak boleh lepaskan nostalgia 6 June 2008, bila beliau mengirimkan bunga pertama kepada saya. Hampir setahun dah berlalu. 6 June 2009 ini, genaplah setahun semenjak peristiwa ROSES itu. Genaplah setahun saya menyedari kehadirannya dalam hidup saya. Macam-macam berlaku hanya dalam setahun. Berkenalan, berbalas email, kehadiran perdananya bertemu ibubapa, bertunang, bercinta, berkahwin, ber ber ber ber HAHAHA. Banyak lagi tidak tersebutkan. Sesungguhnya, inilah dia setahun yang sungguh bermakna dalam hidup saya. Sungguh berharga. How expensive? Priceless. Sejak kehadiran beliau dalam hidup saya, setiap hari adalah indah sekali dan penuh loves berterbangan beserta sayapnya ECEH. Okay habis dah basah keyboard siapa nak lap? T__________T

Hari ini bagaikan mengulang sejarah 6 June. Sumpah I tell you. Saya pergi ke ruang tamu. Terlihat jambangan bunga atas meja kaca. Berbalut ungu. Membaca kad. Berkongsi kegembiraan dengan ibubapa. Membaca kad yang sama tetapi dengan ucapan yang berlainan. Dan juga kejadian dengan brother florist yang seakan-akan sama dengan kejadian satu tahun lalu.

Begini.

Florist : Nurul Haizum siapa kak?
Emak : Anak akak.
Florist : Ni mesti boyfriend dia bagi ni.
Emak : Taklah. Dia mana ada boyfriend (emak memang terbaik ah)
Florist : Ooo. Ni mesti secret admirer ni. Kirim salam kat anak eh Kak.
Emak : Okay.

Oh begitu dejavu.

Dah lah tu I nak pergi nangis sebanyak satu sungai. Sayang, you cry me a river T____T