Good girl.

20160903-123908.jpg

Mummy loves to talk to me. She always says that I am a good girl. Am I, mummy?

Iya, sayang. Baby Kamila baik sangat. Senang difahami. Tadi pagi hanya kita berdua di rumah. Dalam kedinginan awal Spring ini. Sunyi dan sepi. Hanya kita berdua. Medina di madrasah. Daddy, the boys dan Nek Ma ada dental appointment.

Lepas breastfeed, mummy letak Kamila in Roanju. Kamila tidur. Mummy terus ke kitchen, sediakan breakfast. Mummy lapar. Mummy sekarang sentiasa lapar. Mummy syak, kelaparan ini hanyalah sesuatu yang natural bagi ibu menyusukan bayi. Alah, mummy ni penuh dengan syak wasangka. Tak payahlah Mummy, nak justify sangat selera makan tu. Tak ada siapa tanya. HA HA HA.

Saya dapat bersarapan dengan tenang. Siap hirup-hirup kopi macam tak ada komitmen. Selesai itu, mengemas dapur dan mengelap di sana sini. Lama sungguh dapurku tak mendapat sentuhan nurani dariku. Mesti dapurku tersentuh pagi ini. Erk. Dah kenapa pulak dapur pon boleh tersentuh? Tak faham, bukan?

Bukan sahaja itu, saya juga dapat menikmati hot shower yang berpanjangan. Nasib baik tetiba teringat ; alamak, Kamila is downstairs hoi! – terus lekas-lekas tutup tap dah menyudahkan mandian.

Tapi Kamila masih lena setelah diintai. Saya mengambil kesempatan ini untuk bersolek (dasar!) dan blow rambut (dasar! Dasar!) HUAHUAHUA. Janganlah mengeji. Peluang jangan dibuang, sayang. Nanti melayang, tak guna dikenang.

Kamila masih tidur. Alahai, anakku. Lalu saya mengemas bilik dan mengemas ruang tamu yang dipenuhi superheroes bergelimpangan. Malam tadi apa ada Civil War ke kat rumah kita? Banyak benar superheroes tumpas. Dan costume merata-rata. Saya syak, superheroes mati meninggalkan costume. Syak wasangka lagi. Du’uh.

Saya menjadi rakus. Mula menyusun kerjaan dalam kepala. Lepasni nak susun baju, nak kemas wardrobe Medina, nak vacuum study area, nak masak nasi minyak dengan kambing golek, nak membaja tumbuh-tumbuhan, mencangkul, membajak dan … dah dah dah! Jangan kau merepek di situ.

Tetiba Kamila pon memekik!

Mummy come to the rescue! Laju mencapainya. Tak mahu mengkecewakan anak yang telah bertoleransi banyak pagi itu. Dan tak mahu dikatakan sebagai emak tak kenang budi bayi. Bagi betis nak peha. Lama dah budak tu tidur, bangun dan memerhati persekitaran, tidur balik tanpa membuat bising. Bagi ruang emaknya buat kerja.

Uh oh! Poo explosion. Patutlah memekik. Bersihkan dia, dan bagi dia kenyang semua. Lalu … tertidur lagi. Tak lama kemudian, seluruh isi rumah pulang. Dan rumah kembali menjadi meriah. Civil War sambung lagi. Kamila pon saya bawa naik ke bilik demi secebis ketenangan. Kecil sangat untuk diheret ke lembah pertempuran abang-abang.

20160903-133621.jpg
Nur Kamila (Yusuf pronounced it as KAMIYA) – aged 9 days old. Wearing Medina’s preloved winter hat and Idris’s preloved sleepsuit. Kakak’s & Abangs’ heritage are cool. We love hand-me-downs.

Selamat berhujung minggu, semua!

Recent Entries

4 Responses to “Good girl.”

  1. Sue Says:

    Assalamualaikum nurul, tahniah atas kehadiran Kamila. Alhamdulillah Allah hadiahkan Kamila yang sangat mudah diuruskan. Semoga Kamila sentiasa menhadi anak yang baik sehingga besar. Nurul, kalau x keberatan, boleh nurul share cara nurul punya postnatal care. Atau dlm bahasa kita berpantang. Macam mana nurul handle baby blues, rutin berpantang nurul macam mandi air daun2 dan bertungku tu nurul buat x? Kalau x boleh nurul share macam mana nurul jaga kesihatan nurul supaya sentiasa sihat. Saya akan bersalin, sekarang menetap di canada. Insyaallah edd early February. Waktu winter masa tu. Ramai yg ckp nnt sy bentan lah. saya jadi takut pulak.

    Salam perkenalan,

    Suehana

    Reply

  2. Amiguelph Says:

    Salam nurul,
    Aunty kagum dgn cara nurul jaga kamila.aunty nk tanya, pernah x anak kena neonatal jaundice ( kuning). Apa precautions yg you ambik..?i have six children, ada yg kena,ada yg x, but recently most babies here kena jaundice. Tq

    Reply

  3. nor fazilah baharudin Says:

    Tak pernah tak baca dengan perasaan dan jiwa yang mendalam..sambil membaca..tangan mencapai..penyapu..vacum..mop..tiba tiba..Alamak mana cangkul nie..Nie mesti kes penghayatan secara berlebihan..

    Reply

  4. Nadia Says:

    happy for u kak chika!
    lamanyaaa tak post a comment dekat your blog. Semoga menjadi anak solehah ya kamila.

    Reply

Leave a Reply