She is Number Four.
Semalam genap 7 hari usia FOUR. Seperti anak-anak yang lain, hari ke-7 adalah hari cukur rambut, bertahnik dan diberikan nama.
Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang mengurniakan segala kurniaan kepada keluarga kami. Yang mengizinkan kami menjadi ibubapa kepada anak-anak kami. Yang mengasihi dan mengasihani kami dalam pelbagai situasi.
Sebagaimana kehadirannya telah menyempurnakan lagi keluarga kami. Menyempurnakan lagi impian dan penantian kami untuk memiliki sepasang puteri hati. Menyempurnakan juga kegembiraan anak-anak kami dengan kehadiran bayi perempuan yang mereka mahukan. Dan yang Maha Sempurna lah yang telah dan akan menyempurnakan kami.
Semoga kehadiran Nur Kamila menyempurnakan agama, iman, taqwa dan keupayaan kami dalam membesarkan anak-anak dan membentuk keluarga sakinan. InshaAllah.
Terima kasih yang tak pernah akan mencukupi buat suamiku. Kerana selalu ada. Selalu memudahkan kami. Selalu memahami. Selalu memberi. Pimpinkan kita semua sampai Jannatul Firdaus. Terima kasih ibu mertuaku, sebab telah melahirkan lelaki yang baik untukku dan anak-anakku.
Terima kasih juga buat ibuku. Dari melahirkan saya sampailah saya pula melahirkan cucu-cucunya. Tetaplah dia di sini. Ada selalu membantu. Selalu kasih dan selalu kasihankan kami. Semoga Allah tempatkan ibu-ibu kita di kalangan penghuni syurga Firdaus.
September 2nd, 2016 at 11:54 am
she’s so fine… ameen.. semoga saya juga dapat membentuk keluarga sakinah.. welcome to the world Nur Kamila
Reply
September 2nd, 2016 at 12:15 pm
Yey!!! Finally! Welcome to the new world, Nur Kamila!
Reply
September 2nd, 2016 at 12:47 pm
Aamiin.. semoga baby four.. Nur kamila menjadi anak yg solehah.. InsyaAllah.. one happy family.. Harta dunia yg membawa ke jannah..
Reply
September 2nd, 2016 at 3:21 pm
sedapnye nama sayang ni.. moga semua doa Chika dimakbulkan, insyallah. akak tumpang aminkan dari kejauhan :)
Reply