I am Number Four II

Dr Renee called me that evening ; hey Nurul, how’s everything? What are doing now at home?

“Oh. I think I am not in labour yet. Having my sweet time in bed, enjoying mild irregular contraction. I think I am good,” – ceh. Labour tak menjadi. Sebuah kecemasan yang terbatal.

“Aaaah. Are you sure? OK then. If anything, call the birth suite number straight away. Anyway, when is your next appointment with us?,” asked Renee.

“Err. I didn’t make any. I am very positive, there’s no more next time. HAHAHA,” ujarku cuba berkelakar-kelakar sedikit. Tapi memang yakin sangat dah. Saya takkan bertahan lama. Tak mungkin akan ada next week’s checkup.

“HAHA. OK. But! If by tomorrow you’re still not in labour yet, please make another appointment and let me know. OK?,” – Renee.

Saya terbaring. Kering habis energy dek gejala sakit sakit tak sakit. Sakit sakit tak sakit. Dipermainkan sungguh. Lembek. Baring.

Suami masih di hospital, menyiapkan beberapa tugas lain. Katanya dah alang-alang labour saya macam tak menjadi je, lebih baik dia ambik peluang menyiapkan semua kerja. Hari esok, siapakan tahu.

Emak saya kekecewaan LOL. Kelakar dia. Tak sabar nak hantar anak masuk labour room suruh beranak lekas. She hates waiting games kot. Lepastu dia nervous sebab suami saya masih di hospital walau dah jam 6 malam. Dia bimbang jika tiba-tiba saya nak terbersalin. Walhal suami saya ketika itu berada di Sunshine Hospital. Which is very close to home.

Tak lama itu, aksi kecemasan kembali. Saya sakit sakit balik. Kali ini lebih ganas tak bagi muka punya ganas. Every 7 to 9 minutes. Lepastu jadi 20 minutes. Lepastu hilang. Sakit lagi. Tah apa apa tah lah. Macam hampir regular tapi tak berapa nak regular. Tak sopan kan contraction ni? Tapi saya relax lagi. Baring-baring with the kids. Bila sakit, boleh pejam pejam mata, breathing and swaying my legs. Eceh. Macam best.

Suami pon pulang.

“OK, Yang? Nak kena pergi hospital ke?,” tanya dia.

“I rasa I belum labour lah. Sakit. Tapi tak regular. Siap hilang hilang,” lalu menghulurkan phone kepada suami supaya dia boleh semak record contraction saya. Katanya memang seperti belum nak bersalin lagi. So dia ajak pergi shopping beli Prada kejap. What?!! I tipu je. Ya ampun! Takkanlah tetiba pulak dari kelam kabut contraction masuk perihal Prada. Sorry sorry. Acah je.

Dush! Nyampah!

Suami pon pergi turun dinner. Saya juga mengekor sekali. Makan custard pudding. Berbual perihal semasa macam biasa.

Tetiba. Aduh! Dia datang. Terus terbangun saya dan berjalan mengelilingi meja makan. Sepertinya sedang bermain musical chair. Kemain lagi saya tawaf meja nak control sakit. I think dah tahap 7 out of 10 sakit dia. Dah mampu buat kita menonggeng jugaklah. I kept breathing. Teknik yang tak pernah saya tak buat setiap kali contraction ; keep breathing gently, say Allah Allah Allah (when breathe out) dan sway parts of my body. Kaki ke, tangan ke. Mana-manalah perlu. Dan jalan mundar mandir. Jangan pekik. Just moans and groans. Kalau pekik nanti hilang pertimbangan dan hilang control.

Saya naik bilik. Suruh semua budak masuk tidur. As early as 7 pm! Kesian sangat tengah active disuruh tidur. Sebabnya saya perlu tidur. In case saya masuk labour that night, at least saya ada energy sikit.

Rumah pon dah gelap. Kami pon semua masuk tidur. Sunyi sepi. Hanya saya dan kesakitan yang tak jugak regular. So tak tahu dah layak pergi hospital ke belum.

Husband called the birth suite bila saya kata dah sakit sangat. After a long Q&A between the emergency unit with my husband, they decided to hold us at home. According to them (from the information we provided), I was not ready for labour. Baiklah.

Tidur. Saya memang nak tidur sangat. Sebab dah berapa malam tak tidur betul. Maka, tidurlah kami malam itu tanpa sempat bermimpi apa-apa. Tetiba saya mengelupur lagi sambil cuddle Yusuf.

“Call, call! Call sekarang, Sayang! I nak pergi. Now now. Nak terberanak dah rasa ni. Sakit sangat,”

Call birth suite again. Terus dia kata, mai lah mai lah! Hangpa mai sekarang satgi kami bukak pintu. Hah gitu tetiba bunyi anak mummy. Du’uh dah kenapa?

Jam lebih kurang 1 pagi. Yusuf tak mahu turun tidur dengan Nek Ma. Dia nak tidur in our bedroom. Allah hai. Kami pon slowly turun, tinggalkan dia tidur sendiri. Sedihnya hati. Rasa nak bawak dia sekali. Tapi nanti terus terberanak pulak luar pintu hospital kalau ada dia. HUUUUUUHARUUU.

I was in my pyjama. Put on my robe dan terus jalan. Kiss kiss budak kejap. Dengan emak, dah awal-awal nangis nangis bermaaf-maafan macam pagi raya.

Dalam kereta ada lebih kurang 2 kali diserang contraction kuat. Fuh! Rasa nak pecahkan bumbung kereta dan boosted up high in the sky lalu terbang mengelilingi Melbourne City. Tak boleh imagine orang kesakitan nak terberanak dan stuck in traffic. Errrrr mentakutkan. Sebab sakit contraction ni tak boleh dibawak duduk-duduk di pelaminan. Apatah lagi siap pakai seat belt. Rasa nak terpecah belah badan berkeping-keping jadinya.

Sampai hospital.

Main enterance tutup sebab malam. Security guard buat kelakar kejap kata ikut tu, kejap ikut ni. Saya dah mundar mandir in circle macam perempuan mental. Dengan robe nya. Tapi tudung Naelofar maintain siap sempat pin pin dalam sakit tu tadi supaya masa push nanti tudung stay put. Tetap senonoh rupa harapnya. Selit jugak lip balm dalam pocket supaya bibir tak kering nanti. Ya Allah. Awat hang?

Sampai depan birth suite entrance, midwife yang akan bersama saya sepanjang labour ini dah menyambar terus.

“Please please, I need to go to toilet. Now now! Please. Where’s the toilet?,” menggelabah sungguh cari toilet. Tapi saya pon tak tahu apa hajat nak pergi toilet tu. Macam ada sesuatu dihajati tapi tak pasti.

“It’s OK, dear. Come inside first. I need to check on you. Maybe it’s your urge to push. Not the urge to go to the toilet. Anyway, my name is Annette,” ujar midwife yang berumur itu dengan gaya tenang dan penuh kecintaan. Ewah.

“So far, which state gave you the best labour experience?,” tanya Annette dengan comelnya.

“Uuuuu New South Wales I’ll say,” of course lah lahirkan Idris in Lismore in 2011. Doctor Phil best sangat. I had gentle natural birth with him.

She did anothet VE. I was 7cm dilated. Dia kata mungkin tak lama lagi. So dia tanya balik, still wanna go to toilet? Saya kata nak pergi. I need to urinate.

Renee came. She’s the obstetrician on call. Dia pecahkan air ketuban. Sebab air ketuban saya mengikut pengalaman, tak reti berpecah. Sebab berpecah belah amalan tak mulia.

Dah pecah tu, tahu-tahulah kan. Terus contraction mencanak-canak macam tak bawak bersabar. Kejap kejap datang. Sungguh tamak.

20160831-164716.jpg

I remember that night. Masa contraction kuat, I squeezed his arm. I said, forgive me. I talked to myself; kalau suami redha kan saya, everything will be smooth and easy tonight.

The other contractions coming. I talked to myself again ; saya banyak dosa. Tapi saya nak masuk syurga. Kalau sakit ni bawak ke syurga, bagilah sakit yang terhabis sakit. More! More! – I psycho myself. By then, contraction was at it’s best.

Nurse dah bagi heat pack letak belakang. Suami urut-urut sambil baca Quran. Saya bernafas selagi boleh. Jangan hilang concentration. Tak boleh hilang pedoman. Tak boleh hilang pertimbangan. Kena waras. Kena mampu positive jugak. Breathe in breathe out.

“You need pain killer?”

No thanks.

“Tell me what can I do to help you?,” asked Annette.

“I don’t know,”

“You wanna hot shower?,” she offered.

“Hurmm. Can I have hot bath instead?,” tanya saya. Last time with Medina, berendam dalam hot water memang banyak membantu.

“Yes, sure!,” excited dia. Terus pergi ready the tub for me. She turned on the tap and waited for hot water.

“When should I push?,” tanya saya begitu innocent macam tak pernah bersalin :D HUAHUA. Orang sakitlah katakan. Dah sikit-sikit tak berapa nak betul.

Dia kata sambil the tub and the water ready, dia nak buat another VE. Kalau dah fully dilated, tak boleh masuk air. Sebab saya dah kata rasa eager nak push, dia pon dah risau.

Masa dia buat VE, one contraction yang gila punya supersaiya datang. Haku tak peduli dah nak breathe in and out. Haku push habis.

“Owww. You’re pushing! I can feel the baby is coming down! Good. Listen to your body. You’re fully dilated now. You really listen to your body. Keep doing it,” – yahooo dah fully dilated. Tak sabar ni. Ini yang kita mahu – PUSHING!

My husband lari masuk bathroom, tutup tap. Alahai. Tak kesampaian nak layan hot bath.

20160831-160345.jpg

Renee came in. Dia dan Annette get ready for everything. They told me to give a good push when the contractions strike.

Betul punya gila kali ni. Paling terkuat tergila tak terperi datang. I pushed. Dan mempertaruhkan nyawa yang satu ini untuk melahirkan nyawa ke-4.

“Woah, good job! The head is there!” Ujar mereka. Eleh. Macam haku nak percaya. Selama ni pon, itulah kata inspirasinya. The head is there. The head is there. Tapi entah berapa lama dan entah berapa banyak contraction lagi haku nak tempuh.

“Betul, Yang. Kepala dia dah keluar,” kata suami saya. Dia macam biasalah. Relax relax. Senyum senyum. Macam tak ada apa.

“Keluar kepala ke apa? Betul nampak ke macam dah nak keluar je?,” sempat tu borak kejap sambil tunggu contraction sampai lagi.

“Betul! Kepala dah keluar sampai telinga dia! Rambut nampak dah. Lebat,” kata dia.

Hoh. Biar betul? Baru satu kali push kot. Semangat terus membara. Ayuh, kita bagi satu lagi push yang begitu bertenaga! HEHE. Monolog jiwa.

Another contraction, I pushed so hard dan penuh kegigihan. Tetiba doctor kata, “OK wait. Hold it. Don’t push so hard. Just breathe gently,”

Laaaa pulak. Saya nak push sangat ni bagi selesai. Tapi suami saya kata, jangan. Tak mengerti saya bagaimana nak melakukannya kini.

“Macam ni, Yang. Ergh ergh. Sikit sikit je,” suami saya conduct.

“Yes, dear. Like that,” kata Annette dan senyum gembira. Dia bolehlah senyum. Saya tak mampu dah.

Saya pon buatlah bagai dikata – erghhhh erghhh and moan and groan gently. I felt that burning sensation down there.

Allahuakbar. MasyaAllah.

Tiba-tiba je dah keluar seorang bayi perempuan yang gebu gebu lalu diletakkan atas tubuhku.

20160831-164852.jpg

“Alhamdulillah” macam berjuta-juta kali saya lafazkan. Macam rasa nak usap-usap mata tak mempercayai kejadian itu. Terlalu cepat. Macam sekelip mata.

Dua kali push, keluar terus anak perempuan saya ini. Terima kasih, Ya Allah sebab berbelas ihsan dan mengasihani saya.

I thank the doctor, the midwife and my husband so much too. But I can’t thank them enough. Dr Renee was sooooo amazing. Cara dia conduct labour tu sangat efficient. Her instructions were so clear. They really really made everything clear and easy for me. Betul betul guide saya what to do. How to feel. Where to feel. What should and shouldn’t.

20160831-165144.jpg

Thank you, my man. I love you even more now.

“Now, who wins?,” tanya Annette immediately.

“You guys, of course!,” saya ketika itu sangat sangat gembira. Dirasakan dunia ini tak punya masalah langsung. Sangat lega. What a stress-free labour I had!

“Yay! Victoria wins!,” happy go lucky sungguh Annette. Thanks, Annette. I will always remember you.

20160831-165038.jpg

Natural, stress-free, quickest and the easiest labour I had.

THIS IS THE BEST LABOUR I’VE HAD SO FAR!

20160831-163704.jpg
That’s Renee and Annette.

3.49 AM, lahirlah anak ke-4 kami yang diberi nama …

… bersambung.

Recent Entries

4 Responses to “I am Number Four II”

  1. Masy Says:

    sikit lagi nak percaya bahawa Four bernama ‘Bersambung’. ergghhhhh ape ni kenape mudah terpedaya sis di sini lately. ah!

    Reply

  2. Amyz Says:

    Ya Allah. Tercungap2 baca blog ni sambil bernafas laju2. Macam akak pulak yang nak beranak. Sunggoh mendalami entri ini. Ahahaha.

    Tahniah sayang. Alhamdulillah… Cepatlah entri lagi satu untuk nama anak comel ni. Mwahh!

    Reply

  3. .h Says:

    Tahniah untuk baby FOUR.
    Tak tahu kenapa, rasa sayu bila baca part minta maaf dari mak & suami tu.
    Sebab, pergi berjuang..

    Dan mungkin, sebab saya masih berdoa untuk dikurniakan rasa & perasaan tu.

    In sha Allah.

    Moga dipermudahkan urusan2 mendatang.
    Ameen.

    *I cried while reading this post, even there’s a sense of humor there..doakan saya.

    Reply

  4. Nabihah Says:

    Menitis air Mata while reading. Amazing story. Tq chika for sharing your experience. Allahu Akbar, Masha Allah.. He’s the greatest. The Almighty. He knows what best for u n family. Barakallah sis…

    Reply

Leave a Reply