I am Number Four.
Bismillah.
Kisahnya bermula pada suatu malam tak lama lalu. Rabu dua hari lepas sebenarnya. Dingin dan berangin. Tapi tidak menyeramkan sebab ni bukan cerita seram.
Malam itu saya tak dapat tidur. Ku pusing ke kiri ke kanan ke kiri dan ke kanan kembali. Perut berasa tegang. Ada kesakitan. Dan lawatan ke toilet boleh dikatakan berlaku sepanjang malam. Telah diarrhea. Biasanya ikut previous experiences, diarrhea memang petanda labour.
Lalu dirundung emosi. Lalu termenangis di tengah malam teresak-esak. Perempuan hormonal dan mengandung yang tak dapat diramalkan. Suami terjaga, minta saya bersabar dan melafazkan kata-kata inspirasi yang default lah macam suami orang lain akan kata juga ; it’s OK, Yang. Memang you pon dah nak labour. Memang macam tu, Yang. You cuba tidur eh. Sabar.
Hari pon terang. Subuh pon sudah tiba. Female Zombie pon muncul. Begitu tak bertenaga dan tak bermaya. Mandi, siap-siap dan turun ke kitchen menyediakan lunchbox untuk Medina. As usual. Just like everyday; the routine.
Ketika itu pagi Rabu. Berasa mild contraction, sleep deprived, tak cukup makan (sebab dah tak lalu dan tak suka makan menjelang hujung pregnancy) dan segalanya sakit tak terperi badan ini.
Medina had school early in the morning as usual. Idris had kinder at 12pm. Yusuf, seperti bayi sahaja. Di rumah, bermain, attention seeking and dia tetaplah dia yang bahagia. At 9.30am, an evaluator nak datang untuk buat house evaluation (entah urusan apa, lantaklah owner. Saya cuma bukak pintu bagi kebenaran masuk) Dalam keadaan tak menentu pagi itu, malas saya nak entertain Mamat evaluator itu. Pergilah kau inspect the whole house.
Menambahkan lagi scene, 11.20am ada antenatal checkup pulak. Could be our very last antenatal checkup with WOGS (Women’s Obstetric & Gynaecology Specialists) kerana saya telah pon 39w 1d gestation. Biasanya saya akan bersalin pada hari-hari minggu ke 39.
Called husband beritahu tak mampu drive sendiri pergi pickup dia from Western Hospital. Sebab dah mula rasa contraction. Sometimes they kicked in quite severe. Sampai menonggeng dibuatnya.
Husband pon datang jemput di rumah untuk bawa saya berpeleseran dua sejoli. Hollo holloh sempat lagi mengarang kegedikkan. Cakap je lah nak pergi clinic jumpa doctor. Nyampah. (OK you wait) – YOU WAIT!
Kami pon pergilah ke WOGS. Tapi suami saya dah ready hospital bag masuk kereta. Dia kata, dapat merasakan sesuatu berlaku kelak. Biasalah, Jedi.
My obstetrician, Dr Khai was sick. I went to see Dr. Kym. Bagitahulah kesah kesah sakit. Straight away, dia buat VE. Saya pon harap dia akan buat VE sebenarnya so that I can have some peace of mind.
Man! My cervix was 3cm dilated. Patutlah dah sakit. Lalu saya ditahan di clinic untuk di-monitor. CTG machine on. Dengar baby’s heart beat dan monitor contraction. Memang dia pergi up to 75 on the graph. Kuat jugaklah.
Cut the story short, kami disarankan pergi berjalan-jalan di tengah kota untuk bagi ruang kepada labour bermula. Doctor kata, in about 30 minutes, come back and see her. Dia dah siap call hospital (the same building je pon) and arrange everything for us. Most probably, saya akan di hantar ke maternity ward petang tu.
Kami pon jalan-jalan berpimpin tangan. Perpeleseran di sekitar area hospital. Sampai suami terpaksa meninggalkan kerja. Hah. I told you, kami pergi berdating dua sejoli. Saya cakap tadi tak percaya. Ada hati nak bangkang penulis. Ini kan karangan saya. Pastilah ceritanya saya yang lebih tahu. Hoh. Nyampah.
Dalam kedinginan hujung winter Melbourne ini, suami bawa saya berjalan dari bangunan Royal Melbourne Hospital ke Victorian Cancer Centre, down to Swanston St. Jauh perjalanan, makin kuat contraction.
Berhenti lunch di Norsiah’s Kitchen. Tak lalu makan. Sakit dah tak kelakar sangat dah. Tapi sempat order Kickapoo (KAHKAH nostalgic gila ah minum Kickapoo rasa macam tengah lunch dekat Kampung Pandan. Erk. Tetiba) Lepastu sempat pulak order teh ais. Minum tak habis. Tengah sakit begitu, jangan kata teh ais. Buah manggis pon tak mampu kacau tumpuan saya terhadap contraction.
Husband kept recording the contraction using iPhone apps. Tapi sungguh mengkecewakan bila dia tak regular. Kicked in harder and becoming more severe. Tapi tak regular langsung. Makin lama makin panjang the gap. Perasaan mengatakan, ni acah acah labour je ni.
Kami pon pulang ke clinic. Kym advised us to go back home and rest. And let see what’s coming next. If anything, contact the birthing suite straight away. Kami pon pulang. Suami pon dengan riang dapat kembali ke hospital tengok patient dia pulak. Maklumlah, saya bukan patient dia. Hoh.
Balik rumah, terus terlantar. Contraction had finally gone! Hilang terus untuk beberapa jam. Kalau ada pon, very mild dan tak mampu lagi buat saya gundah.
Terus cuddle Yusuf. Macam rindu tak terperi. Yes, I have soft spot sikit dekat Yusuf ni. He’s my baby, come on! Tak boleh hilang langsung perasaan baby terhadapnya.
What I did at home that afternoon?
Buat fruits custard pudding dengan Ma. Tetiba teringin. Sempat makan satu mangkuk kecik.
Sambil baring sakit-sakit yang tak berapa kerap tu, tengokkan Medina mengaji. Dia balik sekolah je, terus bawak Quran mintak mummy ajar. Sebab ada lagi 5 pages nak habis juzuk 3. Dia tak sabarlah tu. Saya pulak memang aim nak habiskan juzuk 3 sebelum bersalin. Tapi tak kesampaian. Last 3 pages of the juzuk, dia habiskan dengan daddy. Alhamdulillah.
Idris pula datang mintak tengokkan dia baca Iqra’. Dan ketika ini, contraction datang kembali.
Akhirnya saya dah tak tentu hala lagi. Ajak all the kids masuk bilik, I let them watch a movie supaya saya dapat bertenang. Punyalah kuat kesakitan secara tiba-tiba. Tapi still tak regular. Menjadikan saya rasa ia hanyalah false alarm. Atau mungkin sejenis latihan kecemasan. HUAHUA.
… bersambung.
August 29th, 2016 at 9:54 pm
please sambung please! terasa meluat bila time dating tu haha~~
Reply