Diam diam berisi.

Assalamualaikum.

Ratusan purnama berlalu, tapi blog tetap begitu. Sepi dan sendiri. Dan penulisnya tetaplah seperti yang dulu ; suka bermadah dan acah acah.

Hai, semua! I am back (to annoy you)

Are you ready?
(Senyap)
Are you ready?
(Senyap)

ARE YOU READY?

OK awkward. Syok sendiri, of course. Heh kau. Telah ratusan purnama meninggalkan blog, sekarang kau harap penulisan kau ada yang hadap? Sejenis narcissistic apakah engkau ini?

But but! I have a very good news to share.

Dengan nama Allah.

20160624-170151.jpg

Seperti yang telah diteka oleh beberapa orang (dan mungkin ramai telah membuat bisikan dalam hati) …

Alhamdulillah.

Saya kini sedang hamil anak ke-4 (pada kali yang ke-5) Dan saya sangat gembira untuk berkongsi berita ini dengan semua. Saya harap, kesemua anda juga bergembira dan mendoakan yang baik-baik buat kami sekeluarga (I know I am annoying sometimes! Can’t help it -_-”) HEHE.

Maaf kepada yang bertanya-tanya tapi tak dilayan. Bukan taknak layan, tapi belum nak layan lagi. Now that I am ready to share my excitement with all of you, there’s nothing else to hide. Kau orang memang sejenis Jedi ke apa? Selalu saja tahu. Asyik message saya tanya tentang perut saya. Nasib baik memang benar berisi. Kalau sebenarnya tidak mengandungi isi di dalam lalu dituduh, bukankah kita bakal bersengketa? BUAHAHAHA.

Tak harapkan apa-apa dari semua. Cuma doakan. Doakan. Doakan. Doakan kami sehat, bahagia, dalam redha Ilahi. Dan err … minta bonus sikit boleh? Alang-alang dah berdoa tu, doakan sekali saya kurus walau perut besar. Terima kasih. Semoga siapa doakan saya kurus akan dikurniakan kurus. Amin.

Sampai jumpa lagi. Semoga blog ini diimarahkan dalam waktu terdekat. Atau mungkin nanti saya update bila anak nombor 4 saya (insyaAllah) dah habis pengajian di universiti.

Recent Entries

10 Responses to “Diam diam berisi.”

  1. k.chii Says:

    tahniah chika. medina yusuf n idris nk.dpt adik lg

    Reply

  2. nana Says:

    Tahniah kak Nurul. Baru berapa hari khatam blog kak nurul. Harini dah update. So yeayyy!

    Reply

  3. Nurul Farahin Says:

    Assalamualaikum tahniah kak nurul,em sy ada pertanyaan di Australia dibolehkan pakai niqab/purdah x? atau bagaimana reaksi mereka kt sana.. reply me kak nurul. hee InsyaALLAH

    Reply

  4. riena yusuf Says:

    Jauh betul jln sampai berbulan2 baru kembali. Hehe anyway tahniah chika! Moga dipermudahkan perjalanan dan kekal kurus. Amin!

    Reply

  5. Hami Asraff Says:

    Ingin menempel juga di sini. Rindu ingin blogging kembali.

    Reply

  6. Amyz! Says:

    Alhamdulillah. Tahniah Chika. Semoga dipermudahkan pregnancy journey wpun Chika selalunya alah teruk, tapi semoga dipermudahkan. Take care and enjoy! ;-)

    Reply

  7. Indah Says:

    Tahniah Kak Nurul! nak tahu sgtt apa reaction medina, idris yusuf dgn berita nk dpt adik nii hehehe,.

    Reply

  8. adeeya Says:

    Congratsss! Yay. More babies :D hehe semoga semuanyaaa berada dalam lindungan Allah sentiasa!

    Reply

  9. Faizah Azmi Says:

    Hi Kak Chika!
    Congratulationssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss~~

    Reply

  10. Nadia Says:

    Congratzzzz , dear =)

    Reply

Leave a Reply