Jika Tidak DipecahKan Ruyung

Assalamualaikum.

Masihkah ingat pada saya ini? Seorang penulis blog veteran yang sudah sedikit berusia berbanding dahulu kala. Hai! Saya kembali. Terlalu tiba-tiba, bukan? Telah mengapakah secara tak semena-mena menulis blog ini? Mendapat petunjuk mimpi kah, atau telah tersalah makan?

Kejap.

Susah juga ye hendak produce ayat-ayat yang menikam kalbu. Tidak seperti 10 tahun lalu. Di mana keremajaan dan kesegaran minda membolehkan saya menulis dengan begitu kelakar sekali. Eh eh mengaku diri kelakar pula. Kelakar tak? Oh kelakarnya. Hey, gila! Sudahlah.

Sebenarnya manager blog saya ini … wait! Manager what? Blog tinggal seperti ini ada manager? KAHKAHKAH kau memang kelakar. Sebenarnya bukanlah kelakar sangat. Saya sangat sayangkan blog ini. Kerana blog ini adalah sebahagian dari cerita hari semalam saya. Yang jadi arkib kenangan-kenangan hidup saya dengan ramai orang yang pernah ada. Dan kini, sebahagiannya tiada lagi. Contohnya, abah. Tiada lagi pada hari ini dan esok. Tapi ada pada hari-hari silam saya.

OK sambung.

Sebenarnya manager blog saya telah ganggu kehidupan saya yang tak berapa terkawal kebelakangan ini. Dia asyik ingatkan saya supaya bayar domain dan hosting. Terima kasih, Kay. Engkau seorang yang berjasa dari dulu, kini dan moga selamanya. Tanpa engkau, nescaya blog ini dah jadi rumah hantu. Boleh jadi lokasi filem seram agaknya. Sekarang pon macam dah nak seram sikit saya tengok blog ini. Sangat kusam, terbiar dan seperti tiada apa. Seperti tak pernah diraikan suatu masa dahulu.

Anyway.

Just a quick update. Jika anda ingin tahulah. Jika tak ingin, tak apalah. Pergilah buat squat sana jangan lagi berada di sini lagi.

  1. Saya sekeluarga kini di Brisbane. Hello, Brissy! Kembali kepada tempat di mana kami berada lebih 4 tahun lalu.
  2. Saya mempunyai 3 orang anak. Ye tahu, dah lama tak tulis blog. Macam dah 20 tahun bukan? Hakikat dia taklah selama itu. Jadi, saya belum lagi ada 7 anak. Hanya 3. Jangan over sangat sangkaan itu ye. HAHAHAHAHA kelakarnya (mudah terhibur sendiri)
  3. Medina telah berusia 5 tahun. Idris telah berusia 4 tahun manakala Yusuf telah pon 2 tahun. Bagaimana pula dengan saya sendiri? Oh. Tentang saya, tak usahlah anda bimbang. Usia berapa banyak pon saya tetaplah secomel ini. HAHAHAHAHAHAHA kelakar betul saya sekarang ini -_-
  4. Saya masih kelakar. Kadang-kadang je tak.
  5. Ye ke saya kelakar? Kelakarnya!
  6. Sebenarnya tak tahulah kelakar ke sewel sebenarnya. Itulah dia penangan minum coffee pada jam 9 malam. Telah satu macam. Sampai membawa kepada aktiiviti tulis blog. Sungguh diluar tabii.
  7. Medina telah pon bersekolah. Menjadikan saya ini bertambah sebuk tidak terperi.
  8. Saya masih tidak mengizinkan peliharaan kucing, chihuahua mahupun bulldog di rumah. Masih seorang pentakut haiwan seperti dulu. Cuma saya dahtak takut pedas. Ada kaitan?
  9. Hobi terkini saya ialah memasak dan mendaki gunung. OK either one is correct. You guess.
  10. Dalam lubuk hati saya masih berharap, saya akan kembali menulis blogon daily basis. Just because.

Telahjam 11.47 malam. Bermakna telah lebih had berjaga hampir 3 jam. Iaitu satu perbuatan buruk dan tidak disenangi. Tidur lambat adalah petanda awal  kemerosotan productivity esok hari. Selamat malam. Semoga esok saya  temui jalan kembali ke sini. Jika tak kembali, anggaplah saya ikut jalan jauh. Belum sampai.

XOXO.

Recent Entries

12 Responses to “Jika Tidak DipecahKan Ruyung”

  1. Fin Says:

    Yeayyy..chika dtg lg..ehh cika bukan tora :-P
    Sila tulis lg esk plisss ;-)

    Reply

  2. ciare Says:

    Trust me chika. You’re hilarious. Menghiburkan seorang kakak ini pada jam 11.08 waktu malaysia. Penangan kopi juga kaedahnya. Huhuhu. Esok tulis lah lagi. Semoga berjumpa jalan shortcut tetapi tidaklah di luar tabii hendaknya. Amin. Hah kau siap amin berdoa lagi. Miss you as a blogger.

    Reply

  3. riena yusuf Says:

    bagai mendapat sejambak bunga berserta teddy bear bila dpt membaca blog chika pg ini. dan memang, masih kelakar (atau lebih kelakar) seperti dulu. hahahahaha

    Reply

  4. bad Says:

    Ha ha.. kelakar. Memang kelakar .Tulis la recipe .Baru la manfaat kat semua orang.

    Reply

  5. Shu Says:

    rasa macam mimpi masuk blog ni tiba tiba ada new entry! wiiii

    Reply

  6. Kuku Says:

    we want moooooorrreeeee….!

    Reply

  7. Ummi Aisya Says:

    Yeayyyy!!menghiburkan walau secara tiba tiba!

    Reply

  8. Sue H Says:

    owhh saya sangat merindui entri di blog ini (walaupon follow ig)

    Reply

  9. Syazanablossom Says:

    uihh, kelakar luar tabii, hahhahaha, same here, nak menjejak menulis blog bagai meneri2 dlm kepala, tapi action bertangguh tangguh..hahah keepedup bebeh

    Reply

  10. Liana (no longer a queen) Says:

    I would like to say that.. i will never ever jemu waiting for your writing nurul. You inspired me in many ways. Hehe

    Reply

  11. fadina Says:

    Salam sis…blh x kongsi cra sis ajar anak2 bca al-quran…membaca, menulis, melukis dan anak2 behave

    Reply

  12. Insyirah Says:

    Assalamualaikum chika. sy follow blog awk sejak zaman uni sy. tak pernah drop comment, just a silent reader. Ms tu awk belum kawin lagi. Hehe. But I rarely visit this blog since 3 yrs back. Busy kerja. Kadang2 klu ada masa dan teringat (which is like once a year?) sy jenguk juga blog favourite ni. Now u remind me; how fast time flies. Hidup byk berubah. Dari zmn U, start keje, kahwin, anak sorg n now anak 2 org (tgh maternity leave). Allah T_T

    (Dan nk ckp, sy rindu blog awk)

    Eh awk dh nak 4 anak dah? Last time sy visit, awk baru deliver anak no 2. Huhu

    Semoga hidup awk makin indah chika. Semoga dlm redha Allah selalu. Doakan sy juga :)

    Reply

Leave a Reply