Kau Mawarku.

Hai, blog.

Hari ini telah wujud lagi sebuah kesalan dalam kehidupan aku sebagai seorang emak. Telah aku terputuskan charm bracelet Medina angkara keganasan dan amarahku yang bagaikan tidak beriman. Seketika ini, aku merasakan satu kegagalan. Gagal melimpahkan kasih sayang dalam kelembutan. Gagal menangani permasalan kecil kanak-kanak. Gagal bersabar.

Isunya remeh.

Namun aku bukan sengaja. Ia satu tragedi yang berlaku tanpa niat. Ketika aku hendak membuka pakaiannya ketika kusuruh mandi. Aku merentap kasar lalu terentap sekali bracelet kesayangannya. Lalu bertaburan manik-manik comel dan charms yang begitu cantik. Hati yang marah sekaligus menjadi sedih. Tidakkah kemarahan dan kesedihan pabila bersatu mampu membentuk seorang gila? Bagai Si Gila, ku pergi kutip butir demi butir manik. Aku kumpul semua. Aku simpan. Meski yang putus jika tersambung lagi tidak jua seelok dulu.

Maafkan Mummy, Medina.

Sebagai tanda kesal, aku keluarkan gelang emas miliknya yang aku beli dulu ketika dia masih bayi. Aku pakaikan. Lalu dia gembira bukan kepalang. Dilaungnya ke segenap rumah; Nek Ma, ini gold bracelet. Yang ini tak senang rusak. Yang ini kuat. Pelat-pelat sahaja dia berbahasa Melayu. Sedang gigih bertutur Bahasa Melayu dia itu.

Anak perempuanku itu, baik hati orangnya. Anak perempuanku itu, anak baik. Anak perempuanku itu, aku sayang. Sayang tidak terperi. Jika I LOVE YOU itu adalah sehebat bahasa cinta, buatmu Medina … cinta Mummy ini melebihi I LOVE YOU. Selalu marah. Tapi dalam marah itu tetap ada sayang terpaling dalam tidak terselam.

Medina,

You itu kanak-kanak perempuan ter-amazing bagi Mummy. Dan Mummy sayang Medina melebihi “I LOVE YOU”.

Recent Entries

2 Responses to “Kau Mawarku.”

  1. bad Says:

    Kadang-kadang marah ni bisikan syaitan. Mungkin juga ujian. Tapi itu semua kan proses hidup. Mungkin lepas ni Chika akan lebih bersabar. Tak elok bersedih. Jadikan yang lepas itu pengajar. Ibu mana yang tidak sayangkan anak mereka. Mereka marah kerana sayang. Medina pun tahu itu.

    Reply

  2. Amyz Says:

    Macam Alam, bila dia cakap, “maafkan alam, mama” Lantas itu seperti air laut menghancurkan semua kemarahan yang ada. Peluk erat rapat. Yang sepatutnya akak lah yang meminta maaf kepadanya..

    Lebih dari I love you. Ya. Sangat setuju. Lebih dari nyawa sendiri.

    Reply

Leave a Reply