Selamat Pergi Dan Selamat Pulang, Tetamu Allah.

“O people! Allah has prescribed Hajj upon you, so perform it.” – Abu Hurairah.

Alhamdulillah. Tahun ini insyaAllah menjadi tahun yang sangat bermakna buat Suami saya sebagai seorang mukmin. Dengan izin Allah, pada Zulhijjah tahun ini dia akan menyertai jutaan umat Islam yang lainnya mengerjakan haji. InsyaAllah.

Sebagai isteri, saya pastilah gembira kerana Allah telah menjemputnya menjadi tetamuNYA meskipon mendahului saya. Dia telah cukup berkemampuan untuk menyambut jemputan Allah. Mengapakah saya perlu menjadi halangan dalam usaha menyempurnakan Rukun Islamnya? Saya sangat berbesar hati, redha dan memberi sepenuh sokongan supaya urusannya mudah.

Saya tidak ditakdirkan untuk menyertainya tahun ini. Telah kami berbincang beberapa tahun kebelakangan ini tentang perjalanan haji kami. Nampaknya urusan saya di sini belum boleh ditinggalkan. Anak-anak kecil dan bayi masih menjadi kewajipan saya untuk diutamakan. Allah Maha Mengetahui hati dan usaha kita. Semoga Allah menerima usaha saya yang ditinggalkan selama 25 hari ini untuk menjaga anak-anak sebagai ibadah juga.

20140914-133858.jpg

Pagi ini kami menghantar suami saya ke airport. Dia akan bertolak ke Sydney dahulu. Dari Sydney, insyaAllah akan ke Dubai dan terus ke Madinah dan akhirnya ke Mekah. Kasihan juga melihatkan anak-anak yang clingy dan terlalu manja dengan daddy ini akan tidak berjumpa bapa mereka selama 25 hari. Terutamanya Yusuf. Dia itu clingy sangat dan hanya mahu daddy setiap masa. Melebihi keperluannya terhadap mummy. Mummy ini hanya priority ketika lapar.

20140914-133906.jpg20140914-133918.jpg

20140914-133938.jpg

Bersabarlah, anak-anak. Daddy pergi menunaikan ibadah atas jemputan Allah. Nanti Allah akan menjemput kita semua dan kita akan ke sana juga. InsyaAllah. Kita berdoa sama-sama supaya Allah akan beri peluang kepada kita semua menjadi tetamuNYA, Okay?

20140914-133851.jpg

Kita akan baik-baik saja. Allah akan jagakan kita di sini.

20140914-133944.jpg

Walau baru beberapa jam, telah berasa sangat rindu. Seperti tidak boleh bersabar kalau ikutkan hati supaya 25 hari cepat berlalu. Terasa helpless dan tidak bermotivasi. Tapi tak usahlah ikutkan hati. Saya pujuk diri. Perjalanan kekasih hati saya itu adalah perjalanan yang lillahi taala. Pastilah Allah telah menyediakan bahagian yang baik buat saya juga jika saya bersabar.

Suamiku,
Semoga sayang dapat Haji mabroor. Kerana haji mabroor itu tiada lain ganjarannya selain syurga. Semoga perjalanan Haji sayang tahun ini menjadi jalan membawa sayang ke Jannatul Firdaus. Jaga kesihatan dan keselamatan. Jangan bimbangkan apa-apa sebab Allah akan jagakan kami di sini. Jangan fikirkan apa-apa selain ibadah you, sayang. Ada lebihan ratusan hari yang lain dalam setahun you boleh memikirkan permasalahan dunia ini. Untuk 25 hari ini, beribadahlah sepenuhnya. Doakan I menjadi seperti apa yang you harapkan dalam seorang Isteri. Doakan untuk kesejahteraan rumahtangga dan keluarga kita. Supaya kita tidak hanya berpasangan di dunia, tapi juga di akhirat. Doalah kesemua yang ada dalam hati you, sayang.

Ya Allah,
Permudahkan urusan suamiku dan urusan kami di sini. Terimalah setiap ibadahnya. Perkenankan semua doanya dan jagakanlah dia.

September, segeralah berlalu dengan baik. Dan semoga saya sabar.

Recent Entries

9 Responses to “Selamat Pergi Dan Selamat Pulang, Tetamu Allah.”

  1. lala Says:

    Assalamualaikum..

    alhamdulillah3x diberi kesempatan menjadi tetamu ALLAH SWT
    inshaALLAH dimurahkan rezeki dan diberi peluang awak menunaikan haji sekeluarga nanti
    semoga dipermudahkan urusan awk..suami dan anak2

    Nikmat islam itu indah..
    lahir sebagai umat islam adalah nikmat yang paling besar dan indah
    syukur alhamdulillah… amalkan perjalanan hidup berlandaskan syariat islam.. lillahitaala

    Reply

  2. murni Says:

    Alhamdulillah..muda-muda dah dipilih oleh-NYA untuk mengerjakan fardhu haji. Semoga semuanya selamat.

    U seorang ibu yang kuat dear!

    Reply

  3. Ima Says:

    Mengerjakan haji di usia muda adalah impian saya juga.

    Semoga perjalanan haji suami nurul dipermudahkan dan dapat menyelesaikan rukun haji.

    Reply

  4. fahreen fredo Says:

    Sebak sangat ni. Allah.. Semoga perjalanan Doktor A dipermudahkan semuanya. Semoga you kuat jaga anak2 insyallah. Nekma ade kan?

    Reply

  5. Ejalz Says:

    salam Chika…
    insyaAllah, semoga dipermudahkan urusan suami mengerjakan haji… dan semoga dipermudahkan urusan Chika di rumah menjaga anak-anak… betul, menjaga anak-anak juga ibadah… semoga bertabah selalu!!
    and I know the feelings separated from hubby… mula-mula memang boleh buat macho tapi jiwa isteri tetapi sensitip… rindu serindu rindunya… insyaAllah, masa chika akan terisi dengan adanya ma and pakcik makcik.. apa lagi adik-beradik bertiga itu… memang penuh masamu… hehe…

    Reply

  6. Zul Says:

    Alhamdulillah..

    selamat pergi dan pulang

    Reply

  7. Masy Says:

    amin!!!

    Reply

  8. Amyz Says:

    Allah hai.. Syahdu rasanya entri ni. Semoga suami dapat menyempurnakan ibadah dengan baik dan mendapat haji mabroor. Juga dipermudahkan ibadah di sana. Serta selamat pergi dan pulang. Mudah-mudahan..

    Reply

  9. Nina Says:

    sebak…
    semoga selamat pergi dan pulang buat suami Chika. :)

    Reply

Leave a Reply