Tetamu Yang Dimuliakan.

Malam tadi juga sama seperti malam semalam, tidurku berantakkan. Bermakna telah dua malam tidak mendapat tidur yang berkualiti. Perasaanya seperti telah dua hari tidak tidur langsung. Jika malam ini saya tidak mendapat tidur yang secukupnya, boleh jadi mutant.

Jam 5.30 pagi, alarm clock telah memekik. Annoying, tahu? Begitu singkatnya malam yang kurasa. Terus bangun, bersiap dan ke dapur memasak untuk Medina dan … UNTUK TETAMU!

Sangat mengujakan.

Malam semalam, bukan Yusuf yang buat saya berjaga malam. Tetapi keterujaan dan ketidaksabaran menunggu siang.

20140911-124648.jpg

Bersiap satu keluarga awal-awal pagi. Pergi menghantar Medina ke sekolah dahulu. Kali kedua saya ke sekolah Medina. Selama ini tidak pernah berpeluang menghantarnya.

Saya beritahu Medina, ada surprise bila dia pulang dari sekolah nanti.

20140911-124658.jpg

Kami ke airport. Menunggu pesawat dari Kuala Lumpur tiba. Berasa tak boleh bersabar. Ikutkan hati hendak pergi terus ke depan pintu pesawat dan menjemput orang orang yang saya tunggu di depan pintu tersebut. Tapi orang kata ikutkan hati, binasa. Maka saya tak ikut apa-apa. Hanya menunggu satu per satu wajah yang keluar dari ruang international arrivals.

Yusuf dan Idris berseronok lari ke sana ke mari.

Sehinggalah muncul wajah yang kurindu. Yang telah setahun tak kutatap (facetime tak kira) Tangan yang lama tak disalam dan dicium.

20140911-124704.jpg

Itu ibuku!

Ya Allah. Macam nak termenangis kegembiraan dan memuat banjir seluruh airport rasanya. Betapa seronoknya menyambut kedatangan Ma sekali lagi di Adelaide. Terus peluk dan melompat bintang di situ sampai guard datang minta passport. Eh tak. Tipu saja.

20140911-124711.jpg

Bersama emak saya, datang juga Pak Cik Man dan Mak Cik Siah. Sedara emak saya dari Pulau Pinang. Akhirnya, sampai juga mereka di rumah saya. Tak sangka. Dulu sewaktu kecil suka kalau dapat pi Penang duduk rumah Mak Cik Siah sebab Mak Cik Siah masak sedap.

Full house!

Mengertikah kau rasa dalam hati ini? Perasaan mempunyai mak di depan mata setelah sering berjauhan?

Recent Entries

7 Responses to “Tetamu Yang Dimuliakan.”

  1. muniiera Says:

    sgt mengertiiiiiiiiiiiiiiiiiii

    Reply

  2. Masy Says:

    bukan takat lompat bintang, malah lompat cakerawala turut diaplikasikan dalam kegembiraan yg sebegini rupa!

    Reply

  3. hajarzunnur Says:

    Waah. Semoga bergembira kak nurul! :D

    Reply

  4. fahreen fredo Says:

    Have fun semua!! Kirim salam nekma ye dan semua :-*

    Reply

  5. wawazakaria Says:

    Ya Allah dapat rasa perasaan tu kak nurul..
    Walaupun tiap2 minggu balik kg jumpa mak.. tapi still excited dia lain mcm..
    Semoga mak-mak kita sentiasa sihat dan berada dalam rahmat Allah..

    Reply

  6. usna Says:

    Waaa
    Wishing you a very happyyy and blessed dayss with beloved mom

    Reply

  7. Amyz Says:

    Seronoknyaaa…..!!!! *lompat bintang* dan lemak2 pun berlompatan juga.. >.<

    Reply

Leave a Reply