Idris Kehabisan Bateri.

Yawwwwwn!

Yusuf telah membuat onar malam semalam. Saya tak dapat tidur yang mencukupi lalu menyebabkan pagi ini saya tak cukup energy. Berasa lesu dan berdendam kesumat di dalam hati untuk tidur. Apakan daya, hidup ini kadangkala tak beri kita pilihan. Mungkin saya akan bersengkang mata hingga tiba waktu tidur pada hari ini. Menyayat hati, bukan?

Sebenarnya tak payahlah menyayat hati sangat. Saya OK saja. Malah boleh dikatakan masih ceria seperti hari hari kebiasaan. Walau tidak cukup tidur, saya mampu juga bangkit awal pagi menyediakan bekalan makanan buat Medina yang bersekolah hari ini. Telah ke sekolah pon dia. Pagi ini dia ada excursion to fruit market.

Ain (my friend yang ambil dia balik sekolah) pulang ke Malaysia minggu ini menjadikan kami kelam kabut sedikit. Nampaknya Medina akan pulang awal hari ni sebab kena ikut waktu daddy dia free untuk pick up dia. Oleh itu saya tak masak apa apa sangat untuk dia memandangkan nanti dia akan pulang awal. Hanya tuna & cheese sandwiches dan buah buahan saja. Jika hari kebiasaan, tak boleh beri sebegitu cincai. Nanti dia komplen tak cukup. Lagi mentusuk kalbu, dia komplen tak cukup healthy sebab tak ada kepelbagaian. Iya, dia itu health conscious tinggi. Dan di sekolah jadi pegawai pemeriksaan lunchbox kawan-kawan. Siapa bawa makanan terlarang seperti muesli bars atau lollies, dia pergi report cikgu. Eh, tak payahlah babe buat macam tu. Kita jaga hal kita sendiri saja OK.

Pagi-pagi Rabu seperti ini, bapa merekalah akan mandikan mereka dan membantu banyak pengurusan kanak-kanak. Bagi meringankan beban golongan kurang upaya ini (siapa, takyah tanyalah). Terima kasih, kekasih. Semoga hari anda dipenuhi limpahan kasih sayang dan rahmat Ilahi.

Selepas saja mandi, Idris masuk ke bilik secara bad mood. Ada persengketaan sikit antara dia dan bapanya. Biasalah mamat seorang ni, dia mudah terluka. Kena tegur sikit, terluka. Kita tinggi suara sikit, terluka.

Merengek-rengek. Tahap tak boleh bercakap dah selain membuat buny bunyian pelik mengalahkan bayi ; ek ek ek. Ngeng ngeng ngeng. Menguji kesabaran wanita yang lemah dan tak cukup tidur ini.

“Idris, you better talk properly or Allah will zip your mouth forever,” sekali kena sound dengan Medina. Sesungguhnya memang annoying bila Idris sedang terluka hatinya dan membuat bunyi aneh sebegitu.

Disebabkan kena sound dengan kakaknya, dia bertambah terluka dan tangisan menjadi-jadi. Saya baringkan dia to put his nappy on. Ha ah, masih pakai nappy. Spender Spiderman pon tak mampu lagi mengubah fikirannya untuk meninggalkan hidup bernappy. Tapi tak apa. Kita slow and steady je.

Dalam pada menangis-nangis itu dia berkata ; I cannot talk! Huwaaaaa! I cannot! I am out of battery! I cannot talk! Ngeng ngeng ngeng.

Maka terpecahlah seluruh keheningan. Saya dan Medina terus ketawa terbahak-bahak mendengarkan kata-kata budak 3 tahun itu.

Dia tak boleh bercakap elok elok sebab dia dah habis bateri!

HAHAHAHAHAHAHA dari mana datangnya pemikiran tersebut, Idris? Ketika sedang terluka dan menangis dia menyatakan itu.

Idris terus menangis dan merengek. Saya pon layan kan je lah dia berdramatik. Saya berpura-pura memasukkan ke dalam perutnya sebijik bateri supaya dia boleh bertenang dan bercakap dengan elok.

“Hai, Mummy! I feel better. I can talk now,”

Ya Allah budak ni! Terus pulih seperti tiada apa-apa yang terjadi. Inilah dia ujian psikologi terhadap ibubapa. Bukan kita saja yang perlu menggunakan psikologi menyelesaikan masalah anak, mereka juga mampu psiko kita.

“Hey,Idris! We human we don’t need battery!,” Medina marah.

Sebelum Medina ke sekolah mestilah ada sesi mellow mellow dahulu antara adik-beradik. Hug and kiss bertalu-talu. I am gonna miss you lah, see you at 4 lah, don’t be notty lah dan macam-macam lagi drama budak-budak ni. Belum kira Idris punya ayat menyentuh hati bila Medina pergi sekolah lagi.

 

Yusuf tak ada kerenah sangat. Asal dia dapat kebebasan membuat onar, makan dan minum mencukupi dan cukup kasih sayang, dia OK.

 

I love these kids.

Well now. Kain baju menyeru saya untuk menguruskan mereka. Dasar kain baju tak reti berdikari!

Recent Entries

12 Responses to “Idris Kehabisan Bateri.”

  1. shida sham Says:

    ohhh that crisscross leg…Medinaaaaaa..you are so adorable..muahhh3

    Reply

  2. Masy Says:

    banyak betul drama budak2 ni.. hahahaha

    Reply

  3. ct dja Says:

    hahaha, penulisan pengubat rinduuu.
    mggu lpas baca blog lama kak chika, ada satu entri isi CRV pakai diesel. kekekeke

    ek ek ek. ngengg ngengg ngenggg…

    Reply

  4. talk2ha Says:

    oh teringin nya nak tau drama and dialog diorang pagi2.. pasti boleh mengejutkan saya dan boleh duduk ketawa macam tgh tv drama swasta. Rasanya kalah kot raja lawak. HAHAHAH.. :D

    Reply

  5. Shamin Says:

    Bunyi ngeng ngeng tuu mcm knl. Haha

    Reply

  6. fahreen fredo Says:

    HAHAHAHAHA!!! Terhibur makcik di sini

    Reply

  7. usna Says:

    suka bila kak nurul cerita telatah medina idris yusuf
    Comelll semuaaa hihi

    Reply

  8. Fina Sophie Says:

    salam nurul. Baca dari awal sampai habis selain terhibur pagi2 ni, there’s something i want you to know. Really i adore the way you and your husband didik anak2. How medina blh jadi so health conscious dgn usia yg masih kecil, dengan your kids yang sobwitty like you hehe.. And you terapkan kasih syg dlm fmly.. before medina pergi sekolah ada sesi mellow2 gitu.. i believe it starts from the parents. Ur humble fmly is such an inspiration. Teruslah menulis. I follow you taklah lama sgt. Its just before you get married bbnding org lain yg dah follow your blog lbh lama dr tu.. But still i’m a fan of yours. Will always read your updates. :)

    Reply

  9. Fina Sophie Says:

    *so witty

    Reply

  10. Amyz Says:

    Ya ampun Idris nihhh.. Sangat berdrama!!! Hahahahaha. This is so hilarious!!

    Reply

  11. Liyana Says:

    hahaha comel sangat Idris :D

    Reply

  12. fieza Says:

    adorable nya anak2 u… sooo kiut!

    Reply

Leave a Reply