Dental Visit.

Medina adalah Ratu Pengumuman. Go tell her about something, insyaAllah the next thing you know adalah perkara tersebut telah diketahui satu dunia dan planet-planet jiran. Malah sesuatu yang kita tak beritahu dia juga, dia boleh hebahkan menjadi satu kontroversi. Seperti kisah dia tak pergi sekolah kerana Mummy cut herself and we all went to the hospital. Ya Allah. Sangat menguji keimanan dan keibuanku. It’s a phase. It’s a phase. This too shall pass.

I told her one week prior to her first dental visit. Sudah tentulah Ain (she called her Aunty Ain) akan tahu dahulu. Kerana semua plan yang akan datang atau yang hanya berada dalam halusinasinya akan sampai ke pengetahuan Ain. Untuk menjadikan kisah dental visit-nya lebih gempak, dia beritahu Ain yang dia hendak berjumpa dentist untuk mencabut gigi. Which was … untrue. I called this creative.

Sejak saat saya memberitahunya tentang lawatan ke klinik pergigian itu, sejak itulah saya menjadi mesin cakap; No. Your appointment is not today. Setiap pagi bangun tidur dan bertanya, adakah hari itu adalah hari bertemu dentist? Sampai sekolah dah jadi second priority.

Dipendekkan cerita yang kalau dibiarkan boleh jadi sebuah trilogy ini, semalam kami ke Adelaide Dental Solutions. One appoinment booked for all 4 of us. Tidak termasuk Yusuf. Medina dan Idris kata, Yusuf tak perlu check gigi kerana giginya hanya empat dan cukup besar. Besar bermakna sehat. Logik. Logik.

Ini adalah kali pertama Medina dan Idris bertemu dentist. Mereka sangat excited seolah-olah hendak bertemu Spiderman atau Queen Elsa. Saya tidak ingat apakah semasa saya kecil saya segembira ini hendak bertemu doktor gigi. Mungkin tidak. Siapakah saja yang gembira hendak berjumpa doktor gigi? Bukankah doktor gigi itu mencemaskan? Bukankah dibius di gusi itu adalah kesakitan terpaling sakit seperti sedang beranak selama setengah minit? Tak apalah kalau anda tak faham perasaan saya ini. Tak apalah. Saya cuba terangkan lain kali tentang bius gusi dan kesakitannya yang amat.

Anyway.

Waiting for our turn. Which was apparently, tiada orang lain pon melainkan kami dan gigi-gigi kami.

Appointment dikatakan pada jam 8.30 pagi. Siapa kata hanya Melayu yang membuat janji Melayu? Mat saleh juga membuat janji Melayu. Ternyata janji Melayu is universal. Doktor telah tiba sedikit lewat. Memandangkan kanak-kanak gembira sahaja berjoget di situ dan tak buat tragedi, kita maafkan je lah doktor tersebut.

Husband dulu. Sungguh lama. Sangat sangat lama saya kena menghadapi pancaroba mengawal budak bertiga ini sepanjang suami membuat urusan pergigiannya. Suami saya kata ini adalah scaling tersakit dalam hidupnya. Tapi ini adalah check up terpaling complete juga. Sebagaimana memetik kata-kata suami saya ; Ini adalah gigi terbersih I pernah ada sejak I bergigi. HA HA HA.

Semasa turn saya, doktor itu telah melakukan pelbagai perbuatan terhadap gigi, gusi dan dalam mulut yang selama ini tak pernah ku lalui. Terlalu detail hingga berasa cemas.

Baiklah. Saya takkan cerita terperinci tentang gigi kerana cerita tentang gigi adalah cerita yang boring. Mana ada orang baca trilogy tentang gigi. Bukankah begitu? Kecuali anda seorang doktor gigi atau anda simply obsess gigi. W-w-what? Mengapa anda obsess gigi?

“I like to see the dentist,”
“Why?,”
“Because Peppa did see a dentist too. With George. And his dinosaur,”

OK. Dia kata dia suka berjumpa dentist walaupun dia belum berjumpa dentist pon lagi ketika itu. Cinta takyah pandang namanya.

Dan tibalah giliran kanak-kanak …

Idris first.

“Me first me first!,” ujar Idris melonjak girang tatkala masuk sahaja ke dalam bilik doktor. Tanpa menunggu lama, terus mengambil seat dan tersenyum seperti dalam rajah di atas.

 Namun segala-galanya berubah. Senyuman tidak bertahan lama.

Dia diberi cermin mata gelap. Oh, suka bukan kepalang. Cool, katanya. Kerusi diturunkan dan dibaringkan. Sebaik sahaja disuruh baring dan menghadap doktor, dia telah mula memberontak. Me don’t want! Me don’t want! I want to go! Terus turun.

Medina ambil giliran tanpa segan silu. Dengan penuh keyakinan dan keterujaan, terus pakai shades dan diberi bib oleh pembantu doktor. Kata that lady, this is your necklace, little princess. Apa? Little princess? Kembang mekar dalam hatinya hanya Allah sahaja yang tahu. Suka bukan kepalanglah dia apabila dipanggil sebegitu. Terus tersenyum lebar dan kelihatan sangat gembira. Sambil memberitahu saya ; She calls me Princess! (like yay!)

 

Steady sahaja berhadapan doktor.

Doktor check kesemua gigi dan mengira jumlah gigi. Itu sahajalah boleh dikatakan. Selepas itu, siap. Itu sahaja. Sesudah itu terus dia diberi sebuah bag mengandungi berus gigi, ubat gigi dan sebijik bola. Melihatkan Medina dapat habuan sebegitu, Idris jadi tak keruan. Eh mana boleh jadi ni. Dengan lajunya minta untuk kembali naik ke atas kerusi tapi bersama-sama Mummy. Mummy pon kenalah pangku dia buat check up.

 

Si gigi cantik.

Doktor kata mereka sudah ada full set of teeth. Gigi mereka berkeadaan baik dan terjaga. Tiada masalah apa-apa. Cuma Medina kelihatan giginya agak crowded. Looks perfectly OK now. Cuma kena monitor from time to time bila dia dah besar nanti. She may need braces. Or may be not. Just in case, we need to simpan wang from now lah. Kerana dental cost di negara ini adalah tinggi.

Never mind about that. InsyaAllah Mummy dengan Daddy akan ambil berat tentang penjagaan gigi kamu semua. Yang penting, teruskan mendengar kata Mummy. Teruskan bersikap takut-takut terhadap lollies, cakes, dan makanan tinggi sugar. Saya bagi meraka makan. Bukan tak bagi. Cuma boleh makan sesekali sahaja. Jika hari-hari minta chocolate, itu umpama mengejutkan naga sakti dari tidur. Tolong jangan.

Dental cost for that day : almost $500. Dengan adanya insurance cover, kami hanya bayar $39. Jika tiada insurance cover, kita tunggu balik Malaysia je lah check gigi. HE HE HE.

Recent Entries

6 Responses to “Dental Visit.”

  1. Fahreen Fredo Says:

    Cakap pasal gigi, i rase i macam dah lama x check gigi. Last check semasa sekolah rendah kahkah memang patut dah lah ni.

    Terhibur sungguh tengok blog ni update. Lekaslah update setiap hari. (harapan tinggi)

    Reply

  2. fieza Says:

    masa sekolah dulu, van kesihatan check gigi datang, tak pernah merupakan hari yang gembira buat diri ini… bila dah besar ni, trip ke klinik gigi masih trip yang tidak menggembirakan… macam mana Medina boleh terdidik begitu gembira dengan trip untuk ke doktor gigi?

    oh ye.. selamat berblogging kembali Mrs Chika.. :)

    Reply

  3. yunayuni Says:

    Salam Chika,selamat kembali berblogging heheh.

    Tak pernah bawak Bella gi jumpa dentist. Maybe its time. Harap2 la senang macam Medina and Idris.

    Reply

  4. Masy Says:

    nak ceritalah walaupun takde org request kihkih. masa skolah rendah dulu, akak selalu jadi tukang teman member2 gi jumpe dentist. kenapekah semua org takut dan kenapekah akak je yg tak takut, masih menjadi misteri hingga kini.

    dan hingga kini masih lg jumpe dentist once a year utk scaling. ceh.. itu pun nak bgtau kihkih

    I LOVE KODOMO LION! #tetibe

    Reply

    fahreen fredo Reply:

    akak jom teman orang pi check gigi!!

    Reply

  5. nurulain Says:

    Welcome back ! Nmpk nya skill menulis telah kmbali. Sbb gaya pnulisan msih sengal spt dlu mbuat org yg mbaca rs sgt geli hati. Keep it up haha wpun sukat mencari masa dgn ada 3 precious tuh.

    Reply

Leave a Reply