St Kilda Playground

Kadang-kala, the best things in life are free. Kadang-kala, tidak. Bila ditawarkan sesuatu yang percuma dalam kehidupan ini, nikmatilah ia. Seperti taman permainan yang luas, menyeronokkan, unik dan percuma di St Kilda ini. Yang kami pergi pada hujung minggu lalu sebagai aktiviti kekeluargaan.

Some of you mungkin terkeliru. Apakah ini di Melbourne? Tidak. Ini St Kilda Adelaide. St Kilda Melbourne adalah indah juga. Tapi keindahan yang berbeza. St Kilda Melbourne adalah di tepi pantai yang permai. Adelaide juga ada St Kilda, tahu? Ianya terletak 13 minit sahaja dari rumah. Terlalu dekat sampai tak pernah pergi sebelum ini. Biasalah, manusia. Yang didepan mata selalu tak nampak.

Sebenarnya kami telah kehabisan idea hendak ke mana pada hujung minggu. Balik-balik ke Westfield. Selepas itu ke Westfield lagi. Westfield lagi dan sesekali ke Rundle. Diselang seli dengan melawat kedai Vietnam mencari sayur-sayuran Asia. Kami ini sudah tahap wajib pindah dari South Australia. Kerana seluruh state ini (taklah seluruh sangat, tapi boleh dikatakanlah) telah kami lawat. Memang akan berpindah kelak.

Saya ini adalah pemegang lesen L. Iaitu lesen untuk Lovely person. Untuk mendapatkan lesen P (iaitu Perasan lovely) saya perlu memenuhi 75 jam pemanduan. Sungguh mencabar dan macam tak logik bagi seorang emak seperti saya ini yang hanya keluar pada hujung minggu. Tapi akur. Tak akanlah nak protest depan Road Authority pula. Jadi hujung minggu ke St Kilda tak membantu sangat penambahan jumlah jam pemanduan saya. 13 minit saja. Tapi itulah, sikit sikit lama jadi banyak.

Kami keluar pagi. Kami ini memang morning family. Seawal jam 6 pagi juga rumah sudah riuh rendah sepertinya hari-hari hari raya. Pagi tersebut sangat sejuk. Walaupun winter telah tiba di penghujung, namun waktu pagi dan malam masih dingin. Maka tak ramai orang masa kami sampai. Lalu saya telah membolot 7 parking lot. Mestilah tak.

Sampai sahaja, Medina dan Idris telah teruja macam tak tahu nak terkam yang mana satu. Terlalu luas public playground ini.

Giant wave slide. Fun slide? Tengoklah tangga yang perlu didaki itu.

 

My 4-year-old.

 

Yusuf’s first see saw.

Ini adalah see saw terpaling besar dan tinggi kot pernah saya tengok. Saya dan suami cuba bermain bersama, malangnya saya sendiri tak sampai nak menaikkan badan. Barangkali ia permainan untuk anak raksasa.

 

Anak-anak raksa … hey hey!

 

Yusuf ini clingy budaknya. Dia hanya mahu Mummy, Daddy, kakak atau abangnya sahaja. Dia tak suka strangers. Yang tidak strangers juga dia tak mahu. Boleh menegur dan bercakap dengannya tapi tak boleh diangkat. Entah mengapa bersikap exclusive begitu. Jika di rumah, dia adalah berbeza. Sangat lasak dan supersaiya di rumah. Pabila di hadapan orang lain, serta merta kelihatan terlalu bersopan santun dan pemalu.

 

Tak! Tak! Dia berlakon sahaja. Dia tidaklah pemalu dan lemah lembut. Dia sangat lasak. Dia hanya mengaburi mata orang lain. Sekarang jua dia sedang membuat onar di hadapan TV itu.

 

Mummy sentiasa mengikutimu, nak.

 

Good, mom. Come follow me makan batu.

 

 Ha, dah jumpa batu. Nak pergi makan sekejap.

Don’t you dare!

Anak perempuan saya ini sudah besar. Sudah menjadi kanak-kanak. Sudah tahu hendak kelihatan presentable sentiasa. Sebelum turun dari kereta akan memastikan dahulu rambutnya terurus. Dan dress code juga perlu betul. Semuanya harus matching. Tidak boleh lagi jika emaknya hendak menyarungkan T-shirt kuning bunga-bunga dengan seluar senteng renda-renda. Tidak matching katanya, wrong. Pangkah. Ketika menyiapkan dia, kami harus berdiskusi dan mencapai persetujuan bahawa pakaiannya head-to-toe adalah dengan padanan yang betul. Telah membuahkan hasil pendidikanku selama ini. KAH KAH KAH.

Tapi headband mummy tak boleh masuk campur. Itu dia kena buat keputusan sendiri. Sometimes boleh bergaduh dibuatnya.

Idris sudah 3 tahun. Suaranya sangat halus. Dia juga telah menjadi seorang kanak-kanak yang talkative. Agak romeo sedikit kerana jika di majlis keramaian, dia suka pergi kepada kakak-kakak. Kerana dia tahu kakak-kakak suka melayaninya dan sering terpesona akan kehalusan suaranya. You can’t say no to that voice yang mendayu-dayu T_T Apatah lagi apabila dia mula membuat taman di dalam hati kita dengan mengatakan ; Sayangggg Mummy. 

Punya besar playground ini dengan beraneka permainan untuk dikerjakan, kanak-kanak berdua ini tetaplah terganggu apabila terlihat bunga-bungaan. Tidakboleh tidak, bunga harus dipetik.

 

 

“This one for you, mummy”

Thank you, Idris. Mummy ada koleksi bunga kuning ini dengan sangat banyak di rumah. Bukankah Medina akan membawa pulang beberapa kuntum buat Mummy setiap kali pulang dari sekolah? You guys are so sweet. Mummy harap sikap suka bunga dan suka memberi bunga ini akan dibawa sampai besar. Kerana lelaki pemberi bunga adalah taste kebanyakkan perempuan. Dan perempuan pensuka bunga adalah berjiwa kecintaan. Wah, betul ke ni mummy? Entahlah, nak. Itu pendapat Mummy sahaja. Tapi biasanya pendapat mummy adalah pendapat ditutup. Bermakna selalunya macam betul.

HAHAHAHAHAHAHAH.

Ya Allah. Maaflah keterlanjuran penulisan ini.

 

Bunga ini sejenis weed. Bernama buttercups. Tidakkah weeds yang cantik itu tetaplah cantik dan adorable?

 Mengapa ye kita telah sampai ke taman bunga? Bukankah kita tadi pergi ke taman permainan? Mari kita pulang ke pangkal jalan.

 

Ini adalah permainan ter-fun sekali.
Flying fox!

Ada dua track. Satu yang pendek, satu track panjang. Idris dan Medina bermain track pendek sahaja manakala Daddy dan Mummy bermain track panjang. Yang sebenarnya tak ada beza dari segi penghayatan atau pencapaian -_-” Mummy main juga? Saya syak ramai yang tidak sedar akan kehadiran saya di dalam video di atas semasa saya post di Instagram. Semua hanya notice pada suami saya sahaja. Mentang-mentanglah aksi saya tak catchy seperti aksi beliau. Terkilan.

Letih tahu, main permainan ini. Selepas seronok flying, bukan sahaja hiburan telah sampai di penghujungnya malah kena pula menarik semula swing ke atas supaya the next person in queue boleh main pula. Luckily saya hanya perlu menarik separuh jalan sahaja dan perjuangan diteruskan atas bantuan seorang lelaki yang mungkin tak larat nak tunggu saya terkedek-kedek tolak swing pon tak mampu. Padahal dia tak pernah mendengar kata-kata ini ; tangan yang menggoncang buaian, mampu menggoncang dunia.

*tunjuk muscle yang tak ada*

Ini bukan swing biasa. Ini swing luarbiasa. Iaitu jika kita swing dengan kelajuan tertentu, ia boleh membawa kita ke bulan madu di awan biru tiada yang mengganggu. Letih betul kalau kena baca karangan sebegini, bukan? Sorry sorry. Sebenarnya ini swing yang disabled-friendly. Terdapat juga permainan lain yang disediakan khas untuk golongan kurang upaya. Malah hanya boleh digunakan oleh mereka sahaja with their special keys (or something like that) Saya sentiasa menghargai kesemua kemudahan awam untuk golongan kurang upaya. Jika class design dengan Puan Akmal (lecturer saya di universiti dahulu), dan kau tidak particular tentang disabled needs, nahaslah kau situ.

 Jangan guna disabled parking jika anda sempurna sifat. Atau saya sumpah anda menjadi parking lot. 

OK jom jom kita kembali ke taman permainan.

We can explore the castle.

 

Dan mendaki bukit untuk menikmati spiral slide.
Bunga di tangan, dilupa jangan.

 

 Cuba teka berapa kali Idris dan Medina sanggup mendaki? Bukan sekadar kena mendaki bukit,tahu? Sudah naik ke atas, kena mendaki anak tangga pula naik ke castle sebelum boleh slide turun. Memang membakar kalori aktiviti di sini. Sayangnya apa sangatlah erti pembakaran kalori buat kanak-kanak dibandingkan buat emaknya ini.

 

 


 

Teruskan lagi perjalanan, kita akan menemui pirate ship. Ahoy!

 

Matahari telah naik. Kepanasan mula terasa. Kami pon mengajak kanak-kanak mengundur diri dahulu. Orang pon sudah terlalu ramai di playground itu. Sebelum bersetuju untuk kembali ke kereta, mereka berdua ini kena berhadapandengan masalah besar tentang pengurusan bunga-bungaan mereka dahulu. Punya lama dorang nak buat decision bunga mana nak buang, dan bunga mana yang terpilih untuk dibawa pulang. Sebab Mumy kata boleh bawa satu kuntum sahaja. Mengapalah mummy kena membebani kanak-kanak ini dengan masalah sebegini kan? Iyalah, saya tak mahu kenderaan kami menjadi taman bunga kering kelak. Cukuplah dengan segala macam batu, acorn, daun kering dan bunga kering yang sedia ada.

Loved the idea of this playground. Ianya adalah sebuah award-winning public playground. Admissin fee : free.

Kalau tak free, dan dan jadi so-so.

 

 

Recent Entries

7 Responses to “St Kilda Playground”

  1. lienda Says:

    karangan panjang??kenapa tidak..tq

    Reply

  2. Hajjar Hassan Says:

    This make my day dalam wad.

    Reply

  3. Amyz Says:

    Oh. Kanak-kanak yang kegembiraan. Itukan kebahagiaan? :-)

    Reply

  4. MissPuan Yati Says:

    Memang cantik, dan luas. Memang medina boleh photo shoot puas puas kat sini.. Dah besar dah yusuf, ^_^

    Reply

  5. usna Says:

    Cantik gambar2 semua. Suka tengok. =) Best gila public playground dia! Cooool

    Reply

  6. Fahreen Fredo Says:

    Perghh taman permainan dia gila lawo lah weh!!! Chika, bawak i pi sane plis!

    Reply

    chika Reply:

    Jom jom! You datang je. I boleh bawak ke mana jua you mahu pergi.

    Reply

Leave a Reply