NurulismKitchen Not.

Itchy to blog. Biasalah, dapat barang (blog) baru. Bersemangat. Tunggu lama sikit nanti, jadilah tugu peringatan semula. Semoga tak. Semoga tak.

Isnin hingga Jumaat, menu kami biasanya dari NurulismKitchen. Iaitu sebuah kitchen yang menyediakan makanan bukan halal JAKIM tapi insyaAllah halalan toyyiban. Tapi itulah. Sesetengah orang menganggap yang bukan halal JAKIM itu adalah tak berapa nak halal. Atau dikira sebagai acah-acah halal. Sangat tak sopan pandangan tersebut.

Well.

Hujung minggu mestilah NurulismKitchen™ tidak beroperasi. Friday night saja sudah mencuci kemas hingga berkilat tidak terperi dapurku. Petanda bahawa dapur tutup dan tidak akan berasap. Hanya berasap jika ada kebakaran semangat dalam diri. Iaitu tiba-tiba mahu masak. Sangatlah luarbiasa situasi ini.

Hujung minggu, segala-galanya adalah NurulismKitchenNOT (bukan TM).

I would like to share about our new findings. Spot makan menarik di Adelaide ini. Sekadar untuk santapan mata hati. Bukankah kita ini generasi sebelum makan tangkap gambar? Jadi perlu dibuat apakah dengan gambar-gambar tersebut jika bukan untuk di-post ke sesuatu sumber? Takkan nak 3D print dan makan gambar pula. Tidakkah begitu?

Lately saya gemar makanan vegetarian or vegan. Sebelum sebelum ini, saya sangatlah carnivore. Jika tidak dapat protein dalam bentuk daging, rasa tertekan. Hingga menggenggam tangan lalu memecahkan pinggan. Ya Allah, tolonglah jangan! T_____T Hyperbola sahaja. Sebenarnya saya agak particular tentang pengambilan makanan saya. Bukan particular bab kalori, particular nak kena ada semua atau akan berasa tidak best. HAHA. Tapi kebelakangan ini saya mendapati bahawa I can go vegan/vegetarian. Adalah sedap. Bukan sahaja sedap dimakan, makan menyedapkan hati. Get it? Get it?

Last week, we went to Red Lime Shack in Port Adelaide.

 

Toasted House Sandwich

 

Lentils curry soup (something like that)

 

Pecan, sweet potato & maple burger

 

Organic smoothies.

 

Shackiato.
Tengok saja sudah tahu bagaimana KUAT penangannya. Rasa fikiran terganggu seketika.

 

Mocha pie.

Vegetarian burger. Yes, pleaseeeee. Siapa kata burger haruslah burger ayam burger daging burger kambing burger rusa burger tupai atau burger unicorn? Burger sayur-sayuran juga mengketagihkan.

 Dan kami dah jumpa spot waffle berdekatan. Iaitu di Danoli Espresso Cafe in Arndale. Hanya 5,6 minit dari rumah.

 

 

The waffle was not bad. Bolehlah buat lepas-lepas gian akan waffle Cacao in Melbourne. Ah, tidak tertahan lagi! Sebenarnya saya sedang dalam mood hendak makan sesuatu yang sweet and savory. Or anything chocolatey. Hendak secara mendadak. Hingga terpaksa pesan dari suami yang hendak ke masjid supaya mendapatkan apa jua yang chocolatey. Meskipun saya tahu pilihan yang ada hanyalah Krispy Kreme yang fenomena itu. Fenomena kerana baru buka the first Krispy Kreme in Adelaide dan semua orang masih go crazy and sewel about it. Nak beli satu donut pon could take up to 1 -2 hours. Apakah ini?

Hey hey, hujung minggu datang lagi! NurulismKitchen™ boleh bercuti. Well hello, koleksi NurulismKitchenNOT.

Jemput tengok.

 

Luahan perasaan : Stressnya hidup aku sejak kembali berblog! Semoga manager blog ini, Mr.Kay mampu bersabar dan bertahan. Semoga aku juga mampu bersabar dan tabah dengan asam garam perkara teknikal sebegini. Izinkan saya pergi menghentak kepala seketika.

Recent Entries

4 Responses to “NurulismKitchen Not.”

  1. talk2ha Says:

    bertabahlah puan nurul.. dugaan berblog memang begitu.. mungkin.. mungkin sebab saya pun takda pasti apakah stress dtg sbb blog atau sebab lain.. ;)

    Reply

  2. usna Says:

    Vegetarian food looks tempting nya!!
    All the best jadi vegetarian kak nurul :)

    Reply

  3. Fahreen Fredo Says:

    Sama ada NurulismKitchen atau bukan gambar2 dari you semuanya sedap!

    Reply

  4. mastura Says:

    uish…kecur air liur..malam2 ni mana nak dapat??hehe..
    btw, i dah follow blog chika dari nurulism lagi.
    Good to hear u buat comeback utk menulis!

    i’m trying to : http://www.sahabatsihatanda.wordpress.com

    Reply

Leave a Reply